Syarikat pengendali teksi di Suria KLCC, Big Blue Capital Sdn Bhd akan mengambil tindakan mahkamah ke atas perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan MyTeksi.
Penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, tidak menjadi masalah jika Uber dan GrabCar memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah.
"Kita memohon injunksi supaya kenderaan yang menggunakan aplikasi Uber, GrabCar dan MyTeksi tidak dibenarkan masuk ke kawasan operasi kita kecuali kenderaan mereka berdaftar dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak SPAD dan Kementerian Pengangkutan Malaysia," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.
Selain itu, tindakan ini diambil bukan sahaja untuk menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna, tetapi juga jenama KLCC sebagai pusat pelancongan negara.
"Seperti yang saya cakap selama ini, apabila pengguna ambil teksi di luar kawasan KLCC terutamanya kawasan hadapan dan luar di sekeliling KLCC, apabila ditipu, dipukul, diugut dan sebagainya, mereka akan cakap 'saya ambil teksi di KLCC'.
"Sebagai operator di kawasan ini, ini perkara yang saya pertikaikan kerana ia mencemarkan imej KLCC sebagai pusat pelancongan," katanya.
Tambahnya, dalam kontrak pengurusan Big Blue Capital dengan Suria KLCC, teksi perlu memenuhi peraturan yang ditetapkan SPAD sebelum mengambil penumpang dari premis mereka.
Hilal Azmi
Tue Jan 12 2016

Shamsubahrin berkata tidak menjadi masalah jika Uber dan GrabCar memenuhi syarat yang ditetapkan SPAD bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah. -Gambar fail

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

Hina Gojek: Shamsubahrin adakan sidang media hari ini
Difahamkan sidang media tersebut akan berlangsung pada jam 12 tengah hari di Jalan Ampang.

Gojek didakwa bakal beri banyak kesan negatif
Katanya, kerajaan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memperkenalkan pengangkutan terbaharu itu kerana kadar kesesakan jalan raya di Malaysia masih lagi terkawal.

Big Blue perkenalkan teksi elektrik Mei ini
Dalam membuat perubahan dalam industri teksi dan kereta sewa, Big Blue Capital Sdn Bhd bakal melancarkan kenderaan e-hailing elektrik yang pertama di dunia.

'Duit BR1M bukan untuk beli kereta' - Shamsubahrin
Penggunaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai wang pendahuluan bagi pembelian Proton Iriz dilihat hanya menambah hutang bagi pemandu perkongsian kenderaan.

Saingan Grab, Uber tidak harus jadi alasan pulangkan teksi
Pemandu teksi sebaliknya harus mempunyai semangat keusahawanan yang kental dalam menjana pendapatan.

SPAD terburu-buru cadang mansuh PSV - Shamsubahrin
Sistem baharu itu bagi memastikan perkhidmatan teksi, Uber dan Grabcar dapat bersaing secara sihat dan memberi perkhidmatan paling efisien kepada penumpang.

Pengendali teksi KLCC mohon injunksi halang operasi Uber, GrabCar
Shamsubahrin berkata tidak menjadi masalah jika Uber dan GrabCar memenuhi syarat yang ditetapkan SPAD bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah.