Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin telah membiayai perbelanjaan umrah Datuk Rizal Mansor dan keluarganya selepas didesak bekas pembantu Datin Seri Rosmah Mansor itu.
Rayyan Radzwill Abdullah, 41, rakan perniagaan kepada Saidi berkata Rizal bertindak mendesak beliau untuk meminta wang daripada Saidi, namun saksi ke-16 pihak pendakwaan itu tidak pasti berapa jumlahnya.
“Yang saya tahu masa dia (Rizal) nak pergi buat umrah bersama keluarganya dia minta Saidi untuk bayar (perbelanjaan mengerjakan umrah) dan Saidi ada bayar cuma saya tidak pasti jumlah,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Datuk Akberdin Abdul Kader pada perbicaraan kes Rosmah berhubung projek solar hibrid bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak.
Isteri bekas perdana menteri itu berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta, daripada Saidi menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Rayyan Radzwill menyentuh mengenai tindakan Saidi membiayai perbelanjaan Rizal mengerjakan umrah ketika ditanya Akberdin sama ada beliau bersetuju bahawa Rizal telah dibayar RM50,000 sebanyak tujuh kali antara 2016 dan 2017, sebagai habuan daripada Jepak Holdings kerana membantu mendapatkan projek solar tersebut.
Saksi itu yang juga pengarah Syarikat Nanocarb Technology Sdn Bhd turut bersetuju dengan Akberdin bahawa beliau pernah menasihati Saidi beberapa kali supaya berhati-hati dengan Rizal yang kerap menggunakan nama Rosmah dan meminta duit.
Akberdin: Setuju, sebelum dan selepas Saidi maklumkan awak tentang isu RM5 juta pada 20 Dis 2016, Rizal juga pernah minta duit iaitu RM25 juta (sebelum) dan RM500,000 (selepas).
Rayyan Radzwill: Ya betul.
Akberdin: Setuju, awak pernah nasihat Saidi awak syak Rizal jual nama Rosmah untuk minta duit daripada Saidi.
Rayyan Radzwill: Saya tidak syak jual nama, saya rasa dia (Rizal) ada ambil (wang) untuk dirinya dan minta (duit) untuk dirinya.
“Setuju atau tidak keraguan ini wujud sebab awak tidak yakin Rizal hantar RM5 juta kepada Rosmah sebaliknya dia yang ambil sendiri untuk dirinya,” kata Akberdin dan Rayyan Radzwill menjawab “benar”.
Dalam keterangannya sebelum ini, Rayyan Radzwill berkata pada Disember 2016, Saidi memberitahunya bahawa beliau telah menyerahkan wang tunai RM5 juta kepada Rosmah melalui Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) daripada KPM bagi projek solar itu.
Saksi itu juga berkata pada hari sama (Disember 2016) Saidi telah mengajak beliau ke rumah Rizal di Segambut dan di sana Saidi telah menyerahkan satu beg kertas mengandungi wang tunai RM500,000 kepada bekas pembantu Rosmah itu sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek tersebut.
Rayyan Radzwill dalam pada itu turut ditanya Akberdin mengenai kegagalan bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, serta dua bekas Ketua Setiausaha KPM, Tan Sri Madinah Mohamad dan Datuk Seri Alias Ahmad mengambil tindakan terhadap Jepak Holdings yang telah meminda serta memalsukan dokumen-dokumen berkaitan kontrak projek solar tersebut.
Akberdin: Setuju atau tidak Datuk Seri Mahdzir, Tan Sri Madinah dan Datuk Seri Alias telah gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan dalam mengendalikan projek solar ini kerana telah bersekongkol dan melindungi Jepak Holdings dalam perbuatannya.
Rayyan Radzwill: Sekongkol saya tidak tahu, melindungi ya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 04 2020

Rayyan berkata Rizal mendesak beliau untuk meminta wang daripada Saidi. -Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.

Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan SPSB untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan KLVC.

Bicara kes rogol Paul Yong bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh
Adun Tronoh itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan disambut sorakan kira-kira 30 penyokongnya yang datang dengan sebuah bas.

Adam Rosly gagal ketepi sabitan, hukuman penjara dan denda
Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata sabitan ke atas Adam Rosly adalah selamat serta disokong oleh bukti yang kukuh.

Mujahid berjaya batal saman fitnah Kamarul Zaman
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini berjaya membatalkan saman fitnah difailkan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff.

Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Abu Sujak Mahmud meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Datuk Abu Sujak Mahmud, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 4, di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.

Bekas Peguam Cara III buat laporan polis, gesa siasat Tommy Thomas
Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria telah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semalam.

Dua peguam Trump tarik diri menjelang perbicaraan mahkamah Februari depan
Peguam, Butch Bowers dan Deborah Barbier dilaporkan telah meninggalkan pasukan peguam yang mewakili Donald Trump dalam perbicaraan pendakwaan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal FAM
Bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan baru-baru ini.

Mahkamah batal saman Najib terhadap AmBank dan bekas pengurus
Hakim Datuk Khadijah Idris memutuskan saman yang difailkan oleh Najib itu sebagai suatu yang melampau, menyakitkan hati, remeh-temeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.