Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
Beliau berkata Sabah adalah hak milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahagian daripada negara ini.
"Kita tidak akan mengiktiraf apatah lagi memenuhi tuntutan asing terhadap Sabah. Pada masa yang sama, saya nak nyatakan di sini bahawa Sabah milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahagian Malaysia sampai bila-bila.
"Saya juga telah membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr dan apa yang saya nyatakan amat jelas bahawa Malaysia mengutuk dan menolak kandungan di Twitter beliau yang dakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia," katanya.
Hishammuddin menjawab celahan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai kenyataan dari Filipina itu terhadap Sabah semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian tersebut di Dewan Rakyat di sini.
Pada 29 Julai lepas, beliau membidas Locsin berhubung hantaran Twitter 'Sabah is not in Malaysia' dan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Sehubungan itu, Hishammuddin dalam hantaran menerusi Twitter mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta Filipina ke Malaysia Charles C. Jose untuk menjelaskan isu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020

Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.

COVID-19: PKPD di 9 lokaliti di Sabah, Terengganu dan Pahang
Hishammuddin Hussein memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan.

#GarisMasa: Pelbagai kejadian menarik, curi tumpuan sepanjang Julai 2021
SYUKUR, bangga, sedih, bosan, gembira, terkejut dan berdebar. Itu antara perasaan yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, khususnya sepanjang Julai tahun ini.

Belanjawan 2021: Wisma Putra akan manfaat peruntukan demi pertahan kepentingan Malaysia
Beliau berkata peruntukan itu juga akan digunakan untuk mengukuhkan peranan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Malaysia alu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Pengharaman Senjata Nuklear
Malaysia mengalu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).

China setuju tambah pembelian produk sawit hingga 2023
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mempromosikan syarat kelestarian produk minyak sawit yang mematuhi label MSPO dan label makanan hijau.

Malaysia tentang pelan haram Israel terhadap Palestin
Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.

Sabah tetap milik Malaysia sampai bila-bila - Hishammuddin
Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura
SOP yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu melibatkan ahli-ahli perniagaan dan mereka yang berurusan antara negara.

62 jemaah tabligh terkandas di India selamat tiba di KLIA
Seramai 62 jemaah tabligh yang terkandas di India sejak Mac lalu akibat pandemik COVID-19 selamat tiba di tanah air awal pagi Sabtu.