KUALA LUMPUR:Malaysia mengalu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, dengan tercapai 50 pengratifikasian, serta sejajar dengan Artikel 15 Triti tersebut, TPNW akan berkuat kuasa pada 22 Januari 2021.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah menandatangani surat cara pengratifikasian TPNW bagi pihak Kerajaan Malaysia pada 30 September 2020, menjadikan Malaysia sebagai Negara Pihak ke-46 kepada Triti tersebut.
"Selepas pengratifikasian Malaysia, Tuvalu, Jamaica, dan Nauru turut meratifikasi TPNW, diikuti Honduras yang menjadi negara ke-50 dan terkini yang meratifikasi Triti tersebut pada 24 Oktober 2020 yang lalu," katanya kenyataan itu lagi pada Selasa.
Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada semua Negara Pihak kepada TPNW dan menggalakkan negara-negara lain untuk mempercepat proses pengratifikasian terhadap Triti berkenaan.
Negara juga percaya penguatkuasaan TPNW di peringkat antarabangsa kelak akan memacu matlamat pelucutan senjata nuklear.
"Malaysia menggalakkan Negara-Negara Kuasa Nuklear dan Negara-Negara Bersenjata Nuklear untuk mengiktiraf bahawa kewujudan berterusan senjata nuklear merupakan risiko kepada semua negara, dan penghapusan senjata ini adalah perlu demi menjamin keselamatan bersama.
"Malaysia menegaskan sekali lagi komitmen tidak berbelah bahagi negara terhadap pelucutan senjata nuklear dan akan terus bekerjasama secara erat dengan rakan-rakan yang lain untuk mencapai dunia bebas dari ancaman senjata nuklear," menurut kenyataan itu.
TPNW adalah surat cara antarabangsa yang mengharamkan senjata nuklear secara komprehensif. TPNW telah dimeterai di PBB pada 7 Julai 2017, dan bertujuan untuk melarang segala aktiviti yang berkaitan dengan senjata nuklear, termasuk pembangunan, pengujian, pembuatan, perolehan, pemilikan, penyimpanan, penempatan, dan penggunaan.
Triti tersebut akan menjadikan senjata nuklear tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.
Astro Awani
Tue Oct 27 2020

Malaysia mengalu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW). - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.