KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan lokaliti di Sabah, Terengganu dan Pahang, pada 5 hingga 18 Ogos depan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.
Jelas beliau, PKPD di Sabah melibatkan empat lokaliti iaitu Kampung Banjar, Keningau; Kem 3 Sibulu, Tenom; Penampang Baru, Penampang dan Depot Tahanan Imigresen, Tawau.
"Di Terengganu, ia melibatkan Taman Rakyat Bestari Fasa 1-4 dan Rumah Awam Kos Rendah 1 dan 2 di Bukit Kuang, mukim Telok Kalong, Kemaman.
"Selain itu mukim Manir yang terletak di Kuala Terengganu turut dikenakan PKPD," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, di Pahang, dua lokaliti yang dikenakan PKPD ialah FELDA Tersang 1, 2 dan 3, mukim Batu Talam dan FELDA Krau 1, mukim Gali.
Selain itu, Hishammuddin turut mengumumkan PKPD di Kampung Bintawa Hilir, Kuching, Sarawak, yang sepatutnya tamat pada 3 Ogos dilanjutkan berkuat kuasa 4 hingga 17 Ogos depan.
Dalam kenyataan yang sama, beliau turut memaklumkan penamatan PKPD di 13 lokaliti pada 3 dan 4 Ogos ini di Sarawak dan Sabah.
"Kampung Sungai Tapang di Kuching akan ditamatkan PKPD pada 3 Ogos 2021 seperti yang dijadualkan.
"Lima lokaliti yang lain (di Sabah) tamat pada 4 Ogos ini. Lokaliti-lokaliti tersebut adalah Kampung Guruh-Guruh, Sipitang dan empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kilang Papan Lusera, Telipok; Kampung Mogiding Malawa dan Kuarters Pekerja Progresif Perwira; Kampung Sinulihan serta University Utama Kondominium Fasa 2
"Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu juga terdapat empat lokaliti yang terlibat dalam penamatan PKPD ini. Lokaliti itu adalah Kampung Pondo, Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai dan Kampung Pulau Gaya," jelas beliau.
Antara lain, dua lokaliti di Sandakan turut ditamatkan PKPD iaitu Kampung Air dan Kampung Bokara.
"Di Tawau, satu lokaliti ditamatkan PKPD iaitu Kampung Sri Menanti," katanya.
Nickyson Nyambar
Tue Aug 03 2021

Hishammuddin memaklumkan, PKPD di semua sembilan lokaliti itu bermula pada 5 hingga 18 Ogos depan. - Gambar fail/ Bernama
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.

PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.

PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.

PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.

PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.

PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.

PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.