KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah sedang merancang untuk menyusun semula perkampungan atas air di negeri itu bagi memberikan kediaman lebih baik kepada rakyat dan mengelak bencana seperti kebakaran, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pelbagai aspek diambil kira dalam perancangan tersebut termasuk memastikan rumah yang lebih tersusun, persekitaran yang lebih indah serta bersih, kemudahan asas seperti elektrik dan bekalan air lebih lengkap serta kawasan kediaman yang lebih selamat.
Menurut beliau agensi kerajaan antaranya Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain akan terlibat dalam merealisasikan hasrat itu.
"Bila berlaku musibah seperti kebakaran, usaha membantu lebih mudah digerakkan dengan adanya kemudahan asas seperti pili bomba dan rumah disusun dengan baik bagi mengelak api merebak dengan cepat," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru di sini, yang terlibat dalam kebakaran memusnahkan 33 buah rumah pada 25 Mei lepas.
Bung Moktar turut menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran.
Katanya, selain itu penyusunan semula perkampungan atas air itu juga penting dalam usaha mengubah taraf perkampungan daripada setinggan kepada perkampungan yang sah.
Menurut beliau isu berkenaan perlu dilihat secara keseluruhan merangkumi dasar pemilikan tanah atau hak persempadanan, kebenaran dan kawalan pembangunan.
"Kita bersimpati dan memahami musibah mereka yang kehilangan tempat tinggal, bagaimanapun saya harap mereka bersabar sementara kerajaan khususnya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan agensi kerajaan lain yang terlibat dapat merangka serta menyusun semula kedudukan rumah-rumah di kawasan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021

Bung berkata pelbagai aspek diambil kira dalam perancangan tersebut termasuk memastikan rumah yang lebih tersusun, persekitaran yang lebih indah serta bersih, kemudahan asas. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.

Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.