KOTA KINABALU: Syarikat-syarikat pelancongan dan hotel di Sabah merekodkan jualan hampir RM3 juta menerusi pembabitanya dalam Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) selama tiga hari di ibu negara baru-baru ini, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau berkata pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas yang disertai oleh 26 pengusaha sektor pelancongan Sabah itu menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai kepada orang ramai.
Menerusi pameran itu pasukan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) melihat terdapat minat yang mendalam dalam kalangan orang ramai terhadap produk pelancongan berasaskan alam semula jadi seperti yang ditawarkan di Sandakan dan Lahad Datu, dengan banyak tempahan diterima untuk mengikuti lawatan ke Lembah Danum - salah satu hutan hujan tertua di dunia, dan Semporna, destinasi yang paling diselidiki ramai.
"Imej Sabah sebagai "destinasi healing" menjadi tarikan kepada ramai pelawat kerana ia mencerminkan hubungan rapat kerajaan dengan keindahan alam semula jadi, persekitaran pulau yang menenangkan, dan pengembaraan hebat," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau yang juga pengerusi STB berkata adalah penting bagi semua pemain sektor pelancongan utama mengekalkan momentum dan memupuk kreativiti serta inovasi dalam mempromosikan Sabah kepada pelancong domestik.
"Usaha menarik minat pelancong domestik memerlukan evolusi berterusan dalam strategi bagi mengekalkan Sabah sebagai tumpuan utama untuk pengembara," kata Joniston, yang mengetuai pasukan Pelancongan Sabah di Pameran MATTA 2024.
Beliau berkata kejayaan pameran itu juga menunjukkan kepelbagaian Sabah dalam memenuhi pelbagai pilihan masa lapang, seperti yang dilihat menerusi penjualan pakej golf oleh pengusaha pelancongan.
STB yang mengetuai zon Sabah dengan 10 reruai pada pameran itu, turut menawarkan rebat perjalanan yang dikenali sebagai 'Token Rehat Minda' bernilai RM150 dalam satu resit yang boleh diperoleh menerusi pembelian pakej pelancongan Sabah.
Di luar acara pameran MATTA itu Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffrey Jimit mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pemain sektor pelancongan utama dari Semenanjung bagi memupuk perkongsian strategik dan meningkatkan peluang untuk pertumbuhan dan kerjasama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
![Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024 Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711523757_TBKINABALU.jpg)
Imej Sabah sebagai 'destinasi healing' menjadi tarikan kepada ramai pelawat, kata Joniston. - Gambar hiasan/Facebook Kinabalu Geopark
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![Taiwan tawar penjalanan mesra Muslim kepada pelancong Malaysia Taiwan tawar penjalanan mesra Muslim kepada pelancong Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725897738_PTKL.jpg)
Taiwan tawar penjalanan mesra Muslim kepada pelancong Malaysia
Pelancong Malaysia yang melawat Taiwan yang meningkat hampir 20 peratus sejak awal tahun kini hingga Mei lalu sekali menyerlahkan komitmen negara itu menawarkan pengalaman perjalanan mesra Muslim.
![Malaysia Airlines jangka penghantaran lima pesawat A330neos menjelang suku pertama 2025 Malaysia Airlines jangka penghantaran lima pesawat A330neos menjelang suku pertama 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725661180_DatukKaptenIzham.jpg)
Malaysia Airlines jangka penghantaran lima pesawat A330neos menjelang suku pertama 2025
Malaysia Airlines menjangkakan penghantaran lima pesawat Airbus A330neo menjelang suku pertama 2025, selepas ketibaan A330neo pertamanya bulan depan.
![MAG pamer inovasi kembara tercanggih, rai perpaduan di MATTA Fair 2024 MAG pamer inovasi kembara tercanggih, rai perpaduan di MATTA Fair 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725455957_MAGMalaysiaAirlin.jpg)
MAG pamer inovasi kembara tercanggih, rai perpaduan di MATTA Fair 2024
Melangkah ke dalam keterujaan di Arena MAG, nikmati potongan tambang penerbangan sehingga 30 peratus dan berpeluang memenangi tiket Kelas Perniagaan ke London!
![MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024 MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683005236_MalaysiaAviationGr.jpg)
MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.
![Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024 Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711523757_TBKINABALU.jpg)
Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024
Pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai.
![Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
![MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta
Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.
![Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646093838_pelancongan.jpg)
Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak
Libat urus ini bukan sahaja hanya melibatkan satu atau dua agensi semata-mata, tetapi perlu lebih menyeluruh membabitkan ramai pihak pelbagai latar belakang.
!['Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun 'Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
'Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun
Rakyat Malaysia dilihat sibuk merancang percutian dalam dan luar negara, mungkin bagi meredakan tekanan selepas melihat banyak perkara terjadi di dalam negara.
![Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653122564_TBMATTAFAIR.jpg)
Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.