RANAU: Kerajaan Sabah menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menggunakan dan memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan cara pembayaran, menggalakkan penggunaan teknologi terkini selain meningkatkan tahap ekonomi setempat.
Justeru, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri menyediakan pelbagai inisiatif untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai seperti mengupayakan terimaan hasil negeri dengan kemudahan tanpa tunai antaranya pembayaran lesen, permit serta kemudahan awam.
Beliau berkata inisiatif terlibat termasuk Aplikasi Sabah Pay yang dilancarkan Perbadanan Pinjaman Sabah dan inisiatif terbaharu iaitu You Only Need One (YONO).
"Transaksi tanpa tunai menawarkan banyak manfaat, termasuk kaedah pembayaran yang lebih mudah, cepat dan selamat. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan transaksi harian, tetapi juga menyelesaikan isu lama seperti kekurangan mesin ATM di kawasan luar bandar.
"Justeru, dalam memastikan pembayaran tanpa tunai memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat sejagat, kerajaan negeri dan Persekutuan sentiasa prihatin untuk memastikan prasarana komunikasi tersedia," katanya ketika melancarkan E-Duit Desa Komuniti Cashless Tamu Kundasang di sini pada Ahad.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Joachim Gunsalam yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Hajiji berkata selaras dengan semua itu juga, usaha sedang dipergiat untuk menyiapkan sebanyak 398 menara telekomunikasi di seluruh negeri melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam kadar segera.
"Semua usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri ini adalah demi kesejahteraan rakyat sekali gus membuktikan keprihatinan bagi membawa pembangunan dan kemajuan khususnya berkaitan teknologi terkini kepada rakyat," katanya.
Mengenai program itu, Hajiji berkata inisiatif dilaksanakan Agrobank ini selaras dengan visi kerajaan negeri Sabah untuk meningkatkan penggunaan dan akses kepada pembayaran digitalisasi di seluruh negeri.
"Dengan menerima pakai pembayaran digital, ia dapat meningkatkan dan pemantapan ke arah ekonomi yang lebih cekap dan telus. Justeru, usaha berterusan Agrobank memperkenalkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di Sabah amat dihargai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Hajiji berkata inisiatif terlibat termasuk Aplikasi Sabah Pay yang dilancarkan Perbadanan Pinjaman Sabah dan inisiatif terbaharu iaitu YONO. - Foto fail/BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Jawatankuasa kerja akan ditubuh untuk teliti ancaman pencemaran air - PM
Mesyuarat Majlis Air Negara hari ini bersetuju terhadap keperluan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia.

Penggunaan AI nilai tambah dalam kehidupan, tidak perlu takut - Dr A'dillah
Masyarakat perlu mengambil peluang khususnya graduan untuk menjadikan kepakaran kecerdasan buatan (AI) sebagai nilai tambah dalam kehidupan.

Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco
Teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.

Sabah galak lebih ramai penduduk guna pembayaran tanpa tunai - Hajiji
Kerajaan Sabah menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menggunakan dan memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan cara pembayaran.

Projek Smart SBB mampu tarik minat golongan muda sertai penanaman padi
Projek Smart SBB Ala Sekinchan yang diperkenal oleh MADA berupaya menarik minat golongan muda untuk menjadikan bidang pertanian khususnya penanaman padi sebagai sumber pendapatan.

Kemas kini PTO gempa bumi pastikan negara sentiasa bersedia - Armizan
Kemas kini Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana (PTO) Gempa Bumi perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan negara bersedia mendepani sebarang ancaman bencana itu.

Krisis Afghanistan: NGO kemanusiaan perlu dana konsisten - Mercy Malaysia
Pembangunan kemudahan kesihatan di negara ditadbir Kerajaan Taliban itu menjadi antara keperluan utama ketika ini.

Kerajaan Johor tekad jadikan Sukma 2020 edisi terbaik
Sukma 2020 akan menyediakan kemudahan di venue dengan mengadaptasi konsep kemajuan teknologi dan pembangunan digital.

Pandangan berbeza-beza mengenai perlunya projek kereta nasional baharu
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mencetuskan idea itu semasa lawatannya ke Jepun, menjelaskan bahawa cadangan itu adalah berasaskan kehendak sektor swasta.

Pembimbing haji perlu kuasai kemahiran teknologi terkini - Asyraf Wajdi
Pembimbing haji di negara ini perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan menggunakan teknologi terkini bagi menyampaikan maklumat tepat dan pantas.