Pembimbing haji di negara ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain mahir menggunakan teknologi terkini bagi menyampaikan maklumat tepat dengan cepat dan pantas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini penting kepada semua pembimbing haji dalam mereka berhadapan dengan pelbagai isu disebarkan melalui media sosial.
Beliau berkata pendekatan itu juga adalah selaras dengan peranan pembimbing haji sebagai 'Duta Tabung Haji' yang menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan penerangan dan penyaluran maklumat tepat kepada jemaah haji.
"Kita menghadapi cabaran besar (iaitu) cabaran fitnah, tohmahan, maklumat di hujung jari tersebar sewenang-wenangnya. Atas sebab itu, apa sahaja yang dibincangkan dalam muzakarah ini perlu disampaikan secara berkesan kepada umat Islam di luar sana," katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-32 musim haji 1437 Hijrah di sini hari ini.
Asyraf Wajdi berkata pembimbing haji perlu memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman kepada masyarakat Islam supaya menghormati institusi agama itu yang diberi tanggungjawab dalam menyelenggara serta menguruskan jemaah haji.
Ini kerana, segelintir masyarakat Islam pada masa ini, lebih mempercayai maklumat diperolehi menerusi media sosial berbanding maklumat dikeluarkan institusi agama mahupun fatwa yang diiktiraf, katanya.
Mengambil contoh insiden kebakaran sebuah hotel di Mekah yang kononnya teruk terbakar pada musim haji lepas, beliau berkata, hal itu tersebar pantas dan menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan kepada keluarga para jemaah di tanah air.
Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berharap muzakarah tersebut menjadi platform dalam memberi perkongsian pandangan yang bersifat holistik agar dikongsikan oleh para pembimbing haji kepada orang ramai.
"Saya juga berharap para pembimbing haji bertanggungjawab menyampaikan mesej penting yang sahih kepada seluruh rakyat Malaysia selain sebagai ejen membentuk sahsiah dan pemikiran umat Islam dalam konteks yang sebenar," katanya.
Muzakarah selama empat hari bermula Jumaat dihadiri kira-kira 250 pembimbing haji dari seluruh negara dan termasuk daripada Brunei, Filipina, Thailand dan Kemboja.
Bernama
Sun Dec 13 2015

Pembimbing haji perlu bijak menguruskan maklumat untuk kepentingan jemaah haji dan keluarga mereka di tanah air supaya mereka tidak perlu bimbang pada sebaran berita yang tidak sahih. - Gambar hiasan/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Asyraf Wajdi pertahan ‘terjah’ MRSM
Sesi tinjauan secara mengejut yang dilakukan di beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukanlah untuk membuka aib, sebaliknya memastikan peruntukan duit rakyat dimanfaatkan secara berkesan.

PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi
Perhimpunan kali ini akan memfokuskan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

'Jangan ada lagi suara sumbang pertikai pengampunan Najib' - Asyraf Wajdi
UMNO dengan tegas tidak lagi mahu wujudnya suara sumbang mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan ke atas bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mara tidak ambil mudah soal tadbir urus, ketirisan
Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mengambil mudah dakwaan berhubung ketirisan atau soal integriti dalam pentadbiran agensi itu menerusi surat layang yang tular, semalam.

PRU15: Asyraf Wajdi tewas di Gerik
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tewas di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PAU2021: Stabilkan parti, elak lagakan pemimpin
Kepimpinan sayap UMNO hari ini sepakat memastikan kestabilan parti menjadi keutamaan di samping mengelak cubaan melaga-lagakan pemimpin parti.

Tak tentu MoU akan terus dihormati, perlu dituntaskan dengan PRU - Asyraf Wajdi
Reformasi institusi terlebih dahulu memerlukan kerajaan yang stabil yang mendapat mandat mutlak daripada rakyat.

Pemuda UMNO sampaikan 10 tuntutan rakyat kepada Tengku Zafrul
Ini merupakan pertemuan kedua selepas ikhtiar Pemuda UMNO membawa suara rakyat ini kepada Datuk Seri Ismail Sabri Jumaat lalu.

Belanjawan 2021: Wujudkan Skim Bantuan Kebajikan untuk belia - Pemuda UMNO Kelantan
Kerajaan digesa mewujudkan Skim Bantuan Kebajikan belia bekerja bawah 30-an dalam golongan B40 yang kebanyakannya baru memulakan kehidupan berkeluarga.

MCA, MIC usah buat pendirian waktu sedang marah - Pemuda UMNO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan parti MIC dan MCA tidak mengambil pendirian secara melulu dan dalam keadaan suasana tegang dan dalam keadaan sedang marah.