KOTA KINABALU: Kemas kini Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana (PTO) Gempa Bumi perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan negara bersedia mendepani sebarang ancaman bencana itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kemas kini itu juga perlu seiring dengan peredaran masa serta teknologi terkini yang diguna pakai oleh agensi berkaitan.
Beliau berkata antara teknologi dan aplikasi terkini berkaitan gempa bumi yang wajar dilihat dalam proses kemas kini itu ialah pemetaan digital Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan penginderaan jarak jauh.
"Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku peneraju pengurusan bencana negara bertanggungjawab mengadakan bengkel mengemas kini PTO Gempa Bumi khusus untuk mendapatkan input dan khidmat nasihat daripada pelbagai agensi yang terlibat.
"PTO Gempa Bumi juga sangat penting kerana kita sentiasa berhadapan dengan perubahan cuaca ekstrim dan di luar jangkaan," menurutnya dalam kenyataan selepas menutup Bengkel Semakan PTO Gempa Bumi di sini malam ini.
Armizan berkata semakan dokumen PTO Gempa Bumi juga perlu dibuat selaras dengan landskap pengurusan bencana di Malaysia dan peringkat antarabangsa selain meminda perkara yang perlu bagi memastikan ia berkesan dalam mendepani bencana itu.
"Berteraskan bukti empirikal, kebarangkalian berlaku gempa bumi di Malaysia adalah tidak mustahil maka dengan itu, perkongsian maklumat dan keupayaan terkini setiap agensi melalui bengkel ini adalah cukup mustahak dan penting," katanya.
Beliau juga berkata kali pertama PTO Gempa Bumi dikeluarkan ialah pada 2011 justeru, sudah tiba masa ia disemak bagi memastikan keberkesanannya dalam mendepani bencana itu.
"Penilaian risiko gempa bumi yang dibuat di Sabah mendapati (negeri ini) berada dalam kawasan masih aktif .... dari segi daerah pula, paling berisiko ialah Ranau manakala daerah lain dalam risiko sederhana ialah Kota Belud, Tuaran dan Kota Marudu.
"Justeru kita mesti sedia dalam mendepani bencana daripada aspek pengurusan semasa dan selepas seperti pemberian bantuan kepada mangsa harus diperkasa... kita juga perlu proaktif dalam urusan menilai risiko bencana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Armizan berkata kemas kini itu juga perlu seiring dengan peredaran masa serta teknologi terkini yang diguna pakai oleh agensi berkaitan. - Gambar FB Armizan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemas kini PTO gempa bumi pastikan negara sentiasa bersedia - Armizan
Kemas kini Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana (PTO) Gempa Bumi perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan negara bersedia mendepani sebarang ancaman bencana itu.