IPOH: Golongan belia di Perak digesa merebut peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan negeri khususnya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pada masa ini permintaan terhadap graduan TVET untuk memenuhi keperluan pekerja berkemahiran tinggi semakin meningkat.
Beliau berkata golongan belia perlu merebut peluang daripada Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim melibatkan pelaburan RM40 bilion yang akan bermula tahun depan.
"Saya mahu melihat anak muda mendapat limpahan manfaat daripada projek berimpak tinggi AHTV di Tanjung Malim, termasuk dalam pendedahan dan penguasaan teknologi automotif. Jangan salahkan kerajaan negeri jika peluang itu terlepas ke anak jati negeri lain jika kita sendiri tidak mengambilnya.
"Begitu juga projek Lumut Maritime Industrial City (LUMIC) iaitu pelaburan berimpak tinggi bernilai RM72 bilion di Manjung akan menjadi pelantar kepada anak muda untuk membina kerjaya dengan menceburi bidang strategik," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Dewan Belia Perak Yang Ketiga Sesi 2021/2022 di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Jenny Choi Tsi Jen dan Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) Aldrin Ng.
Saarani berkata kunci kepada kejayaan pelan Perak Sejahtera 2030 banyak bergantung kepada peranan dan keupayaan orang muda ketika ini.
"Peluang yang kita cipta bukan sahaja di Tanjung Malim dan Manjung, tetapi kita turut wujudkan peluang-peluang pekerjaan seperti Ipoh Raya Integrated Park di Simpang Pulai dan pembinaan kilang konglomerat global, XP Power di Seri Iskandar.
"Malah inisiatif mewujudkan Perak Halal Industrial Park (HIP) di Lekir akan dapat manfaat daripada ledakan potensi industri halal dunia termasuk projek kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian yang dijangka menjadi antara pemacu kepada pertumbuhan ekonomi masa hadapan, " katanya.
Menurut Saarani pihaknya berharap golongan belia akan mengambil peluang segala inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan itu supaya selepas ini tidak lagi kedengaran ada anak-anak Perak terpaksa merantau semata-mata untuk mendapat pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
Saarani berucap pada Majlis Apresiasi Dewan Belia Perak Sesi 2022/2023 di Ipoh malam tadi. -- fotoBERNAMA
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).