Ringkasan AI
- Pembentangan RUU Majlis Media Malaysia: Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri.
- Tujuan penubuhan MMC: Majlis Media Malaysia (MMC) akan ditubuhkan untuk membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan, memperkasa profesion kewartawanan, dan memastikan pelaporan berita dilakukan secara bertanggungjawab.
- Proses semakan dan perbincangan: Draf RUU telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan akhir, dan akan dibahas serta dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang akan datang jika tidak sempat pada mesyuarat kali ini.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, ia telah diluluskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
“Sekiranya ada masa ia akan dibahas dan dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini. Jika tidak, ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat yang akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet, di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini, Fahmi memaklumkan Kementerian Komunikasi sudah mengemukakan draf RUU Majlis Media Malaysia kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan akhir.
Penubuhan MMC adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasa profesion kewartawanan negara.
Antara lain adalah bagi memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.
Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media.