KUALA LUMPUR: Cadangan penggubalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum untuk mentadbir negara hingga ke akhir penggal mampu membantu memperkukuh kestabilan politik negara, kata beberapa pemimpin politik.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata semua pemimpin parti politik seharusnya lebih mengutamakan kestabilan pemerintahan dan usaha memulihkan ekonomi negara.
Abang Johari, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata justeru itu, apa jua cadangan untuk mewujudkan undang-undang bagi memastikan sesebuah kerajaan memerintah hingga ke akhir penggal perlu dibuat dengan merujuk kepada pakar dalam bidang perundangan.
"Saya tak tahulah sama ada undang-undang ini boleh dilaksanakan, saya serah kepada pakar perundangan kerana dalam Perlembagaan (ada) kebebasan untuk memilih... bermakna kita tidak boleh menggunakan paksaan.
"Untuk GPS, kita berkehendakkan kestabilan di peringkat nasional. Ada Langkah Dubai lah, Langkah London atau apa-apa langkah lain, kita kira boleh dikurangkan... kita tumpu kepada memulihkan ekonomi," katanya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara hingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen bagi memastikan peristiwa sebelum ini seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal ke-14 Parlimen tidak berulang.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick pula berkata rang undang-undang itu dilihat dapat membawa kepada kestabilan negara sekali gus mencorakkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
"Sebagai sebuah parti dari Sabah yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, saya ingin mendengar cadangan itu dengan lebih terperinci," katanya kepada pemberita di ibu negara.
Bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, cadangan itu adalah satu langkah positif untuk dilaksana dan selari dengan kehendak rakyat yang mahukan Malaysia aman damai daripada krisis politik berpanjangan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, berkata undang-undang itu boleh membantu meyakinkan pelabur untuk datang ke Malaysia susulan kestabilan politik dan pemerintahan negara.
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pula berkata Malaysia sudah memiliki undang-undang yang mencukupi bagi mengekang tindakan menukar kerajaan dengan cara tidak mengikut prinsip demokrasi dan perlembagaan termasuk melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
"Bagaimanapun, sebarang cadangan dan pandangan yang diutarakan adalah tidak salah kerana ia bertujuan mengekalkan kestabilan kerajaan daripada diganggu oleh sebarang tindakan tidak demokrasi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Abang Johari berkata semua pemimpin parti politik seharusnya lebih mengutamakan kestabilan pemerintahan dan usaha memulihkan ekonomi negara. - Gambar fail/BERNAMA

Israel serang hospital terbesar di selatan Gaza
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas hospital nasser, hospital terbesar di selatan Gaza, pada Ahad malam yang mengorbankan lima individu, mencederakan beberapa yang lain.
Remaja lawan arus lari sekatan jalan raya parah kemalangan
Akibat tiada lesen, remaja lelaki tekad lawan arus lari sekatan jalan raya namun alami kemalangan dan cedera parah.
Lelaki ugut bunuh Firdaus Wong ditahan
Polis menahan lelaki yang dipercayai menghantar mesej ugutan bunuh kepada seorang pendakwah menerusi laman sosial Facebook, pada Khamis lalu.
Sukarelawan perlu lapor segera jika cedera - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyeru anggota sukarelawan berelaun yang mencarum dengan PERKESO agar segera melapor jika cedera semasa bertugas bagi melayakkan diri menerima perlindungan SKSPS.
Penduduk Paris undi jadikan 500 jalan zon pejalan kaki
Penduduk Paris mengundi sama ada untuk menukar 500 lagi jalan menjadi zon pejalan kaki bagi mengurangkan trafik, memperindah kota, dan memperbaiki kualiti udara.
PM Kanada umum pilihan raya, dakwa Trump ancam kedaulatan
Perdana Menteri Canada, Mark Carney, mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada 28 April.
Trump ajak Iran runding elak konflik ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menawarkan rundingan nuklear dengan Iran bagi mengelakkan konflik ketenteraan, namun Iran skeptikal dan menolak pendekatan tekanan berterusan Washington.
EU mahu Hamas tiada peranan dalam masa depan Gaza
Kesatuan Eropah (EU) mahu Hamas tidak mempunyai peranan dalam pemerintahan masa depan Gaza.
Israel serang hospital terbesar di selatan Gaza
Tentera Israel menyerang Hospital Nasser di selatan Gaza, membunuh seorang individu dan mencetuskan kebakaran, di tengah ketegangan yang terus memuncak selepas gencatan senjata berakhir.
Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang
Jumlah kematian warga Palestin sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,021 orang apabila sekurang-kurangnya 41 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

Ismail Sabri nafi tarik sokongan
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri nafi tarik sokongan, tegaskan kekal bersama Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kurang komunikasi punca Pemuda PH, BN dilihat sering berbalah - Mohd Hasbie
Menurut Mohd Hasbie, kali terakhir sayap pemuda parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk BN dan PH bermesyuarat adalah pada pertengahan tahun lalu.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.