Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 adalah hanya untuk orang Islam dan parti-parti komponen BN tak perlu resah mengenainya, kata Kelab Veteran UMNO.
Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub meminta parti-parti komponen BN supaya memahami kandungan dan maksud RUU itu terlebih dahulu sebelum memberi komen tentang perkara itu.
"Mereka tidak ada hak untuk komen RUU itu kerana ia membabitkan orang Islam. Pelaksanaan RUU itu sekiranya diluluskan hanya kepada umat Islam sahaja dan bukannya kepada orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mustapha mengulas usul untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang dibawa oleh Presiden PAS yang juga Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin dan reaksi oleh beberapa parti komponen BN mengenai RUU itu.
Sambil menyatakan rasa kesalnya terhadap MCA kerana secara sengaja dan sedar mengaitkan UMNO dalam pembentangan RUU itu, Mustapha menjelaskan bahawa Ahli Dewan Rakyat yang beragama Islam berkewajipan menyokong RUU itu untuk memperkemaskan lagi kuasa Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil.
"MCA tidak sewajarnya mempolitikkan pembentangan RUU itu untuk meraih sokongan orang Cina yang bukan Islam.
"Sebagai rakan kongsi BN, MCA sepatutnya menjelaskan kekeliruan orang Cina yang bukan Islam terhadap RUU itu dan bukannya menjadi batu api," katanya.
Veteran UMNO, katanya, mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi kerana membawa usul itu di Parlimen dan berharap ia dapat dibincang dan dibahas oleh semua ahli dewan dengan bijaksana demi kebaikan ummah dan demi memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini.
Bernama
Sat May 28 2016
Datuk Mustapha Yaakub (gambar) meminta parti-parti komponen BN supaya memahami kandungan dan maksud RUU itu terlebih dahulu sebelum memberi komen tentang perkara itu. - Foto BERNAMA
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Pengasas Kelab Veteran UMNO, Tajudin Ali meninggal dunia
Pengasas dan Pengerusi pertama Kelab Veteran UMNO, Tan Sri Tajudin Ali, 95, meninggal dunia.
RUU hanya untuk orang Islam, parti komponen BN tak perlu resah - Kelab Veteran UMNO
Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah 2016 adalah hanya untuk orang Islam dan parti-parti komponen BN tak perlu resah mengenainya, kata Kelab Veteran UMNO.