SHAH ALAM : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketakutan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri.
Beliau berkata, meskipun terdapat unsur politik dan kempen dalam penganjuran rumah terbuka berkenaan namun beliau menyifatkan ia seperti 'sambil menyelam minum air'.
Malah katanya, penganjuran tersebut dilihat lebih wajar kerana melibatkan akar umbi sekali gus memberi peluang kepada rakyat di negeri lain merasai suasana tersebut.
"Dia kata itu kempen. Tujuan rumah terbuka ialah meluaskan 'public relation' kita dengan semua pihak termasuk jiran, kenalan rapat dan saudara mara, semua orang boleh datang.
“Sanusi pun boleh tumpang semangkuk, dia boleh berdiri sebelah Anwar dari pagi sampai petang dan bersalam dengan semua pengunjung. Lagi ramai datang lagi bagus," jelasnya menerusi laman Facebook pada Isnin.
Semalam, Sanusi menganggap Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani itu sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mendakwa tidak wajar diadakan memandangkan program terbabit melibatkan kos yang tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan supaya langkah penjimatan dibuat oleh semua pihak.
Beliau berkata, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya seperti kelaziman sebelum ini.
Tambah Mohd Puad, tidak salah ia diadakan di negeri-negeri berkenaan kerana bertujuan untuk meluaskan perhubungan awam dengan orang ramai.
Dalam pada itu, Puad turut menafikan majlis rumah terbuka berkenaan satu pembaziran.
“Kalau mahu berjimat cermat Sanusi tidak perlu buat rumah terbuka lain. Lagi pun mungkin orang yang sama akan hadir. Itu pembaziran.
“Sepatutnya Sanusi fokus tujuan rumah terbuka diadakan, bermaaf- maafan dan kemeriahannya. Kita mahu rakyat gembira, sebab itu dapat cuti tambahan dan tol percuma empat hari,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 24 2023

Puad berkata, penganjuran tersebut dilihat lebih wajar kerana melibatkan akar umbi sekali gus memberi peluang kepada rakyat di negeri lain merasai suasana tersebut. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana - PM Anwar
Perdana Menteri hanya akan menghadiri majlis sedemikian yang dianjurkan di peringkat negeri atau kementerian.

Tumpu isu kemiskinan kaum Melayu, bukan anjur enam rumah terbuka - Tun M
Katanya, kerajaan tidak seharusnya berasa seronok dengan mengadakan majlis rumah terbuka sedangkan masalah kaum Melayu terus terpinggir.

Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor
Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Rumah terbuka Aidilfitri di negeri pembangkang tiada kaitan dengan PRN - PM Anwar
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri melibatkan tiga negeri pembangkang tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Tarian separuh bogel: Beberapa tangkapan lagi akan dilakukan - KP Selangor
Turut ditahan, penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai 'Cik Lala.'

Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas
Seorang pemilik bengkel kenderaan, Wee Chin Long, 54, berkata dia terhidu bau itu ketika berada di dalam bengkelnya.

Tun M mohon maaf jika pentadbiran Pakatan Harapan kurang menyenangkan
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf sekiranya sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan terdapat perkara yang tidak membawa kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry
Perayaan Aidilfitri membuktikan keunikan dan kelebihan masyarakat di negeri ini yang sentiasa bersatu padu dalam kepelbagaian dan perbezaan.