LABUAN: Beberapa rumah di sini rosak teruk selepas bumbungnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian kira-kira 3 petang hari ini.
Rumah yang terjejas adalah di Kampung Layang-Layangan, Kampung Tanjung Aru, Kampung Kilan, Kampung Lubok Temiang dan Kampung Sungai Bedaun.
Turut terjejas teruk, Dewan Serbaguna Masjid Sungai Labu dengan silingnya runtuh namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Angin kencang disertai ribut petir sejak malam tadi menyebabkan sejumlah pokok besar tumbang di jalan utama menghala ke beberapa kampung manakala beberapa rumah di Kampung Lubok Temiang dan Kampung Sungai Labu turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan Ismaidi Ismail berkata bilik gerakan jabatan itu menerima panggilan kecemasan tanpa henti sejak malam tadi.
"Kami telah menggerakkan pasukan untuk memotong dan mengalihkan pokok yang menghempap rumah dan melakukan pembersihan terhadap pokok tumbang di jalan utama," katanya kepada Bernama.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam dalam tempoh 9 hingga 13 Julai.
Situasi berkenaan berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai.
Ini seterusnya mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Labuan dalam tempoh 9 hingga 10 Julai dan negeri-negeri utara Semenanjung dalam tempoh 11 hingga 13 Julai.
Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama dan Kedua) juga telah dikeluarkan di Laut China Selatan berkuat kuasa dari 9 Julai hingga akhir tempoh ramalan.
METMalaysia turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web jabatan itu dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022

Beberapa jalan tertutup sementara susulan pokok tumbang, serta beberapa bangunan mengalami kerosakan berikutan angin kuat yang melanda Labuan petang ini. - Facebook/BES Labuan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.

Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam.

Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.

Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.

Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, ragut dua nyawa
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.

Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.