GEORGE TOWN: Rumah Muzik Pulau Pinang (PHoM) yang terletak di aras empat Komtar di sini, akhirnya ditutup sepenuhnya hari ini selepas lebih tujuh tahun beroperasi akibat berdepan masalah kewangan dan kekurangan sokongan institusi.
Tinjauan Bernama mendapati orang ramai terutama pencinta muzik tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan terakhir di galeri menempatkan pelbagai khazanah dan warisan seni kreatif berasal dari Pulau Mutiara itu, yang ditutup pada 5 petang.
Pengasasnya Paul Augustin berkata pihaknya sudah berusaha sedaya upaya untuk bertahan, namun kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan beliau akhirnya akur dan mengambil keputusan menutupnya.
"Sebagai anak jati Pulau Pinang, ini bukan satu keputusan yang mudah tetapi saya terpaksa melakukannya. Memang sedih tetapi pada masa sama saya lega sebab saya yang buat keputusan ini. Apabila pengumuman tentang penutupan tempat ini dibuat, ramai yang tampil untuk membantu namun ini mungkin jalan terbaik.
"Sejak lebih setahun lepas saya berfikir tentang perkara ini, bagaimana kami mahu bertahan dengan dalam situasi yang sukar dan akhirnya Februari lepas saya nekad buat keputusan (menutup operasi)," katanya kepada Bernama.
Selain masalah kewangan, Paul mendedahkan PHoM yang terletak di kawasan agak tersorok menyebabkan ramai tidak mengetahui akan kewujudannya biarpun disenarai antara lokasi yang wajib dikunjungi pelancong.
Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan kepercayaan kepada pihaknya selain penggiat seni, sekolah dan universiti yang sentiasa memberi sokongan untuk menghidupkan galeri itu hingga ke hari terakhirnya.
Seorang pengunjung Khor Phaik Hoon, 51, berkata dia mengambil peluang membawa ibu dan dua anak berusia sembilan dan 17 tahun ke PHoM kerana tidak mahu terlepas peluang melihat sejarah yang dipamerkan di situ.
"Sebenarnya saya pun tak tahu ada galeri ini. Ada seorang penumpang dari Kuala Lumpur minta saya hantarkannya ke sini dan beritahu Sabtu adalah hari terakhir. Hari ini cuti sekolah, jadi saya bawa anak dan mak datang ke sini.
"Anak saya paling teruja sebab dapat tengok banyak peralatan muzik yang tak biasa dilihat, mak saya pun peminat P.Ramlee, seronok dapat mengenang kembali zaman muda," katanya yang merupakan pemandu e-panggilan.
PHoM dibuka pada November 2016 dengan dana permulaan RM3 juta dan bantuan Kerajaan Pulau Pinang bermatlamat menggiatkan usaha untuk memelihara dan menghidupkan warisan seni kreatif seperti boria, ronggeng, dondang sayang, inang, joget serta keroncong agar tidak pupus.
Khamis lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow memaklumkan kerajaan negeri telah memberikan geran berjumlah RM500,000 sejak beberapa tahun lepas kepada pusat itu selain Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut meninjau PHoM pada 7 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya. - Facebook Penang House of Music
Perdana Menteri Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari.
Pantau Agenda Reformasi: Masa depan ekonomi Malaysia (Forum Ekonomi Malaysia)
Datuk Dr Madeline Berma, Felo Kehormat, Institut Masa Depan Malaysia
Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini.
KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.
Harga hartanah di Lembah Klang dijangka naik 4 peratus pada 2025
Peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut, selain kenaikan kos bahan mentah.
Pelaburan NVIDIA kukuh kedudukan Malaysia dalam rantai bekalan chip
Firma teknologi utama seperti NVIDIA, yang memiliki kepakaran dalam cip tujuan khas untuk kecerdasan buatan (AI), adalah bidang kemajuan yang paling pantas.
Pertumbuhan Malaysia dijangka melepasi 5% tahun ini - Amir Hamzah
Negara sudah berada di landasan yang positif, dengan kerajaan berkemungkinan mengatasi sasaran defisit tahun lepas sebanyak 4.3% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Ahmad Faedzal tamat khidmat Ketua Pegawai Eksekutif ISN Februari ini
Ahmad Faedzal Md Ramli akan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Institut Sukan Negara (ISN) pada 24 Feb ini.
Pengumuman pencalonan Oscars ditunda ke 19 Jan akibat kebakaran di Los Angeles
Akademi turut memanjangkan tempoh pengundian untuk memilih pencalonan selama dua hari sehingga 14 Jan.
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa beri suapan kepada pegawai polis
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memberi suapan wang tunai berjumlah RM3,900 kepada seorang pegawai polis pada 1 Januari lalu.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.