PETALING JAYA: Kediaman milik aktres terkenal Rozita Che Wan, 51, di Kota Damansara dilapor diserbu pagi ini.


Ringkasan AI
  • Kediaman aktres Rozita Che Wan (Che Ta) di Kota Damansara diserbu oleh pihak Mara kerana gagal menjelaskan pinjaman hampir RM1 juta.
  • Serbuan dilakukan untuk menilai barangan di dalam rumah bagi tujuan penyitaan. Che Ta dan suaminya tiada di rumah semasa kejadian, hanya ibunya yang berada di sana.
  • Anak sulung Che Ta, Ammar Effendi, dilihat memasuki rumah tersebut selepas sejam pihak Mara membuat penilaian.


Serbuan dipercayai dilakukan pihak Majlis Amanah Raya (Mara) selepas beliau didakwa gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Menurut sumber, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan di dalam kediaman aktres itu bagi tujuan penyitaan.

Difahamkan, ketika kejadian, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta dan suaminya Zain Saidin tiada di rumah. Hanya kelibat ibunya sahaja yang dilihat di pintu rumah mewah dua tingkat itu.

Turut dilaporkan, anak sulung Che Ta, Ammar Effendi dilihat memasuki rumah tersebut selepas sejam pihak Mara membuat penilaian.