Ringkasan AI
- Pelbagai barangan bernilai hampir RM100,000 di kediaman aktres Rozita Che Wan (Che Ta) disita oleh pihak mahkamah kerana gagal melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta.
- Writ penyitaan diserahkan kepada ibu Che Ta kerana beliau tiada di rumah semasa kejadian. Ini adalah kali kedua pihak Mara hadir ke rumahnya setelah percubaan pertama tidak mendapat kerjasama.
- Pihak Mara menunggu arahan mahkamah untuk proses lelongan yang dijangka dalam tempoh dua minggu lagi. Sebarang rundingan selepas ini perlu melalui proses mahkamah.
Selain penilaian harga barangan, writ turut diserahkan kepada ibu Rozita setelah pelakon berusia 51 tahun yang lebih kenali sebagai Che Ta itu tiada di rumah.
“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.
“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.
“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi,” kata peguam yang mewakili Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, sebarang proses rundingan selepas ini perlu melalui mahkamah dan pihaknya kini menunggu arahan dari mahkamah untuk melakukan proses lelongan yang dijangka dilakukan dalam tempoh dua minggu lagi.
“Buat masa ini kita akan tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.
“Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kita tunggu surat selanjutnya dari mahkamah,” jelasnya yang tidak menafikan jumlah hutang aktres itu hampir RM1 juta.
Sementara itu, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di pekarangan rumah ibunya, enggan memberi sebarang komen berkaitan penyitaan itu.
Terdahulu, pihak Mara bersama peguam dan wakil mahkamah hadir di kediaman Che Ta di Kota Damansara selepas selebriti terkenal itu gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.