KUANTAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kompaun terhadap Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) bukan atas dasar budi bicara beliau sebaliknya berlandaskan undang-undang sedia ada.
"Banyak sangat fitnah yang mengatakan saya melindungi Rumah Bonda dan sebagainya... kena faham dan ingat ...kita memberikan saman itu mengikut akta, jadi akta itu menyebut kompaunnya RM5,000 ...bukan saya yang tentukan.
"Ia mengikut undang-undang sedia ada... itu bukan di bawah budi bicara saya, itu adalah yang termaktub di dalam akta," katanya selepas merasmikan Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM yang dihadiri kira-kira 250 peserta di sini hari ini.
Rina berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan beliau melindungi Rumah Bonda.
Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan menafikan Rina bersubahat melindungi Rumah Bonda selain menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas serta berunsur fitnah.
KPWKM turut memaklumkan bahawa segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak Julai 2021 ke atas Rumah Bonda adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.
Kenyataan itu merujuk kepada hantaran di laman Instagram pada 12 Jun lepas yang mempertikai nilai kompaun penguatkuasaan ke atas Rumah Bonda hanya RM5,000 dan menuduh Rina bersubahat melindungi pusat jagaan berkenaan.
Dalam pada itu, Rina berkata perbincangan telah dilakukan bersama Kementerian Sumber Manusia berkaitan inisiatif perlindungan sosial untuk suri rumah.
Beliau berkata KPWKM turut menyokong penggubalan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah dan berharap ia akan dilulus serta dilaksanakan demi kepentingan wanita.
Rabu lepas, Setiausaha Wanita Perikatan Nasional Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata kerajaan perlu mengumumkan segera pelaksanaan inisiatif perlindungan sosial suri rumah yang telah dipersetujui sebelum ini.
Mengulas program hari ini, Rina berkata ia memanfaatkan hampir 18,000 peserta secara keseluruhan selain membantu melatih wanita dalam bidang keusahawanan dan ia akan diteruskan di Perak, Pulau Pinang serta Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
![Rumah Bonda: Kompaun ikut lunas undang-undang, bukan atas budi bicara saya - Rina Rumah Bonda: Kompaun ikut lunas undang-undang, bukan atas budi bicara saya - Rina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653047844_enteriPembangunanW.jpg)
Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kompaun terhadap Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) bukan atas dasar budi bicara beliau sebaliknya berlandaskan undang-undang sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kewangan Bersatu kritikal - Rina Harun Kewangan Bersatu kritikal - Rina Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733045319_RinaHarun.jpg)
Kewangan Bersatu kritikal - Rina Harun
Kedudukan kewangan Bersatu agak kritikal ketika ini, susulan pembekuan dan sitaan oleh SPRM sejak Januari 2023.
![Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690384450_TBRINAHARUNBUDGET.jpg)
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
![Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684478180_TBMASERMIEYATI.jpg)
Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
![PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691309533_TBDUNBatuTiga.jpg)
PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.
![PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690384450_TBRINAHARUNBUDGET.jpg)
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
!['Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina 'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678618233_RinaHarunBERSATU.jpg)
'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.
![Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678440966_SrikandiBersatuMal.jpg)
Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.
![PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665325120_TBRINAHARUNBUDGET.jpg)
PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.
![PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668640107_RinaHarun.jpg)
PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.
![PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668010959_RinaHarun.jpg)
PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.