KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bertindak menutup ruangan komen di akaun Facebook rasminya.
Mengulas mengenai perkara berkenaan Menteri JKR Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menjelaskan tindakan itu dilakukan bagi mengelak beberapa komen negatif yang dicetuskan netizen di ruangan berkenaan.
"Ruangan komen Facebook JKR Sabah ditutup bagi elak perdebatan terbuka, menjatuhkan moral dan keadaan tidak sihat," jelas Bung ketika menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu.
BACA: Tiada guna kita pegang jawatan kalau tidak boleh selesaikan masalah rakyat - Bung Moktar
Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan tujuan akaun Facebook JKR Sabah adalah untuk memberi maklumbalas kepada isu jalan yang ditularkan berbaur fitnah di media sosial.
Pada masa sama menjadi platform menyalurkan info mengenai bencana alam serta isu semasa jalan raya di negeri itu.
Tambahnya lagi, JKR Sabah ingin memastikan agar kakitangan serta orang awam tidak menjatuhkan moral dengan menjadikan Facebook sebagai medan tohmahan.
Astro Awani
Thu Mar 24 2022

Jelas Bung Moktar, ruangan komen di Facebook JKR Sabah sering dijadikan medan tohmahan oleh pihak tidak bertanggungawab mengakibatkan ia terpaksa ditutup. = fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Ruangan komen FB JKR Sabah ditutup elak perdebatan terbuka, jadi medan tohmahan
Datuk Seri Bung Moktar Radin menjelaskan tindakan menutup ruangan komen di Faceboon JKR Sabah bagi mengelak perdebatan terbuka, menjatuhkan moral dan keadaan tidak sihat yang dicetuskan netizen.