KUALA LUMPUR:Wartawan veteran Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian merangkap Ketua Pegawai Pengisian yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Pengerusi, Pengarah Urusan dan Penerbit Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, pelantikan Rozaid dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menerajui media cetak dan digital serta sikap keterbukaannya.
"Harapan saya, beliau boleh membawa dan memimpin Sinar Harian ke peringkat yang terbaik, menjadikan Sinar wadah suara rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mempunyai pengalaman selama 36 tahun dalam industri media, Rozaid bakal bertanggungjawab mengurus merancang kandungan edisi cetak Sinar Harian serta kandungan platform digitalnya.
Rozaid, 56, sebelum ini merupakan Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star.
Beliau menggantikan Allahyarham Datuk Baharom Mahusin yang meninggal dunia November lalu.
Kerjaya Rozaid bermula di Utusan Malaysia sebagai pemberita kadet pada April 1984 dan seterusnya pada 1992, beliau dilantik sebagai Ketua Pemberita Kumpulan Utusan dan dua tahun selepas itu dilantik Pengarang Berita.
Kemudiannya beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan selepas itu Menteri Pengajian Tinggi.
Seterusnya pada 2009, Rozaid kembali menyertai industri media sebagai Pengarang Bersekutu dan kemudian Pengarang Eksekutif The Star, memegang tanggungjawab antara lain membangunkan platform digital bahasa Malaysia, mStar Online.
Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, Rozaid pernah menemuramah secara eksklusif Perdana Menteri Thailand, Perdana Menteri Malaysia dan juga Yang di-Pertuan Agong, selain membuat liputan Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan Pergerakan G-20 di Senegal, Afrika.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
![Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609737425_RozaidAbdulRahman.jpg)
Pelantikan Rozaid dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menerajui media cetak dan digital serta sikap keterbukaannya. - Foto Sinar Harian
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/41528279203_ShazalyRamli.jpg)
Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO
Pelantikan Mohammed Shazalli adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos.
![Jaga adik-adik, keluarga - Pesanan akhir Rozaid kepada anak sulung Jaga adik-adik, keluarga - Pesanan akhir Rozaid kepada anak sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724050581_wartawanveteran.jpg)
"Jaga adik-adik, keluarga" - Pesanan akhir Rozaid kepada anak sulung
"Jaga adik-adik, pastikan keluarga sentiasa berada dalam keadaan baik," itu pesanan terakhir Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO Allahyarham Rozaid Abdul Rahman kepada anaknya.
![PM sifatkan pemergian Rozaid seperti kehilangan keluarga dan sahabat PM sifatkan pemergian Rozaid seperti kehilangan keluarga dan sahabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724036046_tbMasjidPutraHeigh.jpg)
PM sifatkan pemergian Rozaid seperti kehilangan keluarga dan sahabat
Anwar bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa hampir sejam bagi menziarahi keluarga Allahyarham.
![Ahmad Zahid, Fahmi ziarah Allahyarham Rozaid Abdul Rahman Ahmad Zahid, Fahmi ziarah Allahyarham Rozaid Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724017167_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid, Fahmi ziarah Allahyarham Rozaid Abdul Rahman
Ahmad Zahid, yang tiba pada 11.30 malam, meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni ahli keluarga wartawan veteran itu.
![Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723986430_rozaidabdulrahman.jpg)
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO meninggal dunia
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada Ahad.
![PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720129464_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
![Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609737425_RozaidAbdulRahman.jpg)
Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian
Wartawan veteran Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian merangkap Ketua Pegawai Pengisian yang baharu, berkuat kuasa hari ini.