KUANTAN: Usaha seorang suri rumah di Beserah di sini menginovasikan roti jala membuahkan hasil apabila berjaya meraih pendapatan RM300 sehari.
Che Ku Shaherawati Che Ku Jusoh, 40, berkata, dia mengubah suai reka bentuk roti jala supaya nampak lebih menarik dan sesuai juga dijadikan bahan hantaran bagi majlis perkahwinan, pertunangan dan hari lahir.
Menurutnya, antara inovasi dilakukan daripada roti jala itu ialah dengan membentuknya seperti kuntuman bunga ros, hati dan kartun malah dalam bentuk Jalur Gemilang.
“Selepas mengubah suai reka bentuk roti jala ini, saya menerima banyak tempahan daripada orang ramai yang masing-masing menyatakan minat untuk dijadikan hiasan bagi majlis mereka.
“Saya sama sekali tidak menyangka usaha mengubah suai roti jala ini mendapat permintaan menggalakkan sehingga hampir 400 biji perlu disiapkan setiap hari.
Che Ku Shaherawati menunjukkan roti jala pelbagai warna yang ditempah pelanggan ketika ditemui di Kuantan.
“Akibat permintaan yang tinggi, ada kala saya terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat disiapkan mengikut tarikh dijanjikan sebab saya seorang sahaja yang bekerja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya pada Isnin.
Ibu kepada empat anak itu berkata, penglibatannya dalam dunia perniagaan berasaskan makanan bermula sejak penularan COVID-19 pada tahun lalu.
Malah, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan (STK) itu berkata, persatuannya terpaksa menghentikan aktiviti amal menukar pakaian solat di surau-surau sekitar Kuantan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.
Bagi memenuhi masa lapang, suri rumah yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Kakak Telekung’ itu beralih ke bidang masakan dengan berniaga makanan.
“Saya akur dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk kekal di rumah. Jadi saya mengambil peluang ini menyertai kelas masakan secara dalam talian dengan memfokuskan kepada membuat ‘roti jala jelita’ anjuran Cikgu Huda Ayob dengan bayaran RM20 sahaja.
“Saya memilih membuat roti jala kerana ia agak mudah untuk dihasilkan, selain modal agak rendah dan sudah membantu ibu membuat kuih serta tradisional termasuk roti jala sejak berumur 13 tahun,” katanya.
Dia yang juga bekas Penolong Kewangan di Indah Water Konsortium (IWK) Cawangan Pahang itu bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan berniaga ketika pandemik COVID-19.
“Cabaran berniaga tetap ada terutama peningkatan harga barangan seperti ayam dan minyak namun saya bersyukur kerana Dapur Kakak Telekung tetap mendapat sambutan pelanggan,” katanya yang fokus menjual secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Sementara itu, Che Ku Shaherawati berkata, selain menghadiri kelas pendidikan jarak jauh (PJJ), dia juga membuat carian di internet dalam menghasilkan roti jala dengan varian warna dengan corak lebih menarik.
Katanya, roti jala sedap dimakan sama ada dengan kuah kari, sos coklat atau sos pandan mengikut selera pelanggan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 19 2021
Che Ku Shaherawati tidak menyangka roti jala diinovasikannya mendapat sambutan luar jangka daripada orang ramai. -Foto Sinar Harian
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
'Otak wanita ibarat roti jala' - Pakar jelaskan perbezaan otak ikut jantina
Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung dengan satu sama lain dengan ikatan yang teguh.
Roti jala jadi hantaran kahwin
Dia mengubah suai reka bentuk roti jala supaya nampak lebih menarik dan sesuai juga dijadikan bahan hantaran bagi majlis perkahwinan, pertunangan dan hari lahir.
Roti jala bendera Malaysia simbol perpaduan kaum
Peniaga roti jala Nellywaty menghasilkan roti jala dihiasi warna bendera Malaysia untuk dijamu kepada pelanggan pelbagai kaum.
Inginkan roti jala yang cantik? Ini tip untuk pastikan bancuhan likat
Untuk pastikan adunan roti jala cukup likat untuk dijalakan dan hasilnya menjadi, boleh lihat lubang lusaran waktu kisar bancuhan.
Polis siasat dakwaan Exco Kedah langgar SOP
Polis Kota Setar menerima satu laporan berhubung kejadian yang turut melibatkan beberapa individu lain itu, selepas gambar mereka tular.