PADANG BESAR: Keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan COVID-19 yang melanda negara sekali imbas, persis hamparan sehelai bendera Malaysia yang menjadi simbol perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa.
Mengambil inisiatif turut sama meraikan Hari Malaysia yang bertemakan Malaysia Prihatin, seorang peniaga gerai makan di Padang Besar, Perlis menghasilkan roti jala Jalur Gemilang bagi menzahirkan rasa kesyukuran dengan semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat.
Bagi Nellywaty Nooraini Azmi, 41, idea ini tercetus apabila seorang rakannya yang berada di Kuala Lumpur memintanya membuat roti jala untuk dijamu kepada pelanggan pelbagai kaum.
Menggunakan pengalaman selama lebih 15 tahun berniaga roti jala, dia berjaya menghasilkan roti jala bersaiz 13 x 18 inci dihiasi warna bendera Malaysia dan tertulis Malaysia Prihatin.
"Kawan saya di Kuala Lumpur minta saya buat roti jala ini dan sedekah kepada orang di sini sempena Hari Malaysia," katanya.
Setelah siap, roti jala ini dihidangkan kepada pelanggannya yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Bagi Muniandi a/l Subramaniam, 45, dia teruja untuk menikmati roti jala ini kerana berwarna-warni dan dihidangkan dengan kuah durian yang manis.
Katanya, pandemik COVID-19 ini sebenarnya mengeratkan lagi semangat ikatan kaum di negeri Indera Kayangan ini apabila mereka seperti sebuah keluarga yang besar.
"Kawan-kawan saya yang terdiri daripada kaum Cina, India, Siam dan Melayu semuanya berkumpul di sini bagi menjamu selera bersama.
"Walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, perpaduan antara kaum di negara ini jelas kelihatan dan ia sebenarnya menyatu padukan lagi semua kaum di Malaysia ketika ini," katanya.
Semangat yang sama turut dirasai Chong Keat Yin, 40, yang merasakan COVID-19 ini mengeratkan lagi semangat kejiranan biarpun berlainan bangsa.
"Sejak COVID-19 ini berlaku, saya lihat semangat kejiranan terutamanya antara kaum itu semakin kuat.
"Sebagai contoh salah satu keluarga di sini disahkan positif COVID-19, jiran-jiran mereka walaupun berbeza kaum dan agama, tetap menolong hantar makanan atau apa sahaja yang diperlukan bagi membantu keluarga tersebut," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Sep 16 2021
![Roti jala bendera Malaysia simbol perpaduan kaum Roti jala bendera Malaysia simbol perpaduan kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631767218_rotijala.jpg)
Peniaga roti jala Nellywaty menghasilkan roti jala dihiasi warna bendera Malaysia untuk dijamu kepada pelanggan pelbagai kaum. - Astro AWANI
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
!['Otak wanita ibarat roti jala' - Pakar jelaskan perbezaan otak ikut jantina 'Otak wanita ibarat roti jala' - Pakar jelaskan perbezaan otak ikut jantina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646446779_Perbezaan.jpg)
'Otak wanita ibarat roti jala' - Pakar jelaskan perbezaan otak ikut jantina
Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung dengan satu sama lain dengan ikatan yang teguh.
![Roti jala jadi hantaran kahwin Roti jala jadi hantaran kahwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634613653_Rotijalajadihant.jpg)
Roti jala jadi hantaran kahwin
Dia mengubah suai reka bentuk roti jala supaya nampak lebih menarik dan sesuai juga dijadikan bahan hantaran bagi majlis perkahwinan, pertunangan dan hari lahir.
![Roti jala bendera Malaysia simbol perpaduan kaum Roti jala bendera Malaysia simbol perpaduan kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631767218_rotijala.jpg)
Roti jala bendera Malaysia simbol perpaduan kaum
Peniaga roti jala Nellywaty menghasilkan roti jala dihiasi warna bendera Malaysia untuk dijamu kepada pelanggan pelbagai kaum.
![Inginkan roti jala yang cantik? Ini tip untuk pastikan bancuhan likat Inginkan roti jala yang cantik? Ini tip untuk pastikan bancuhan likat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630897898_rotijala.jpg)
Inginkan roti jala yang cantik? Ini tip untuk pastikan bancuhan likat
Untuk pastikan adunan roti jala cukup likat untuk dijalakan dan hasilnya menjadi, boleh lihat lubang lusaran waktu kisar bancuhan.
![Polis siasat dakwaan Exco Kedah langgar SOP Polis siasat dakwaan Exco Kedah langgar SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623854533_AsistenKomisionerA.jpg)
Polis siasat dakwaan Exco Kedah langgar SOP
Polis Kota Setar menerima satu laporan berhubung kejadian yang turut melibatkan beberapa individu lain itu, selepas gambar mereka tular.