MEMANG tidak dinafikan lelaki dan wanita banyak perbezaannya. Dalam kajian yang dibuat University of Pennsylvania, otak lelaki dan otak wanita sangat berbeza!

Bagi lelaki, mereka boleh untuk TIDAK MELAKUKAN APA-APA dan masih tenang berbanding WANITA yang tidak boleh TIDAK MELAKUKAN APA-APA kerana mereka akan menjadi resah.

Ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan “kenapa lelaki macam ni eh?”



Otak Lelaki Terdiri Daripada Kotak Kecil

Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya.

Kotak ini independent dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain. Dalam erti kata mudah, ada compartment khas untuk setiap perkara.

Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.

Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi specifically ke kotak yang sesuai, membukanya, membincangkan hanya isi kotak itu dan kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.


Otak Wanita Kotak Bertali yang Besar dan Terhubung

Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung dengan satu sama lain dengan ikatan yang teguh, macam roti jala -- berserat dan berhubung dan kesemua kotak dihubungkan dengan ‘emosi’.

Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita cenderung beremosi, mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara lain dan mengingati banyak perkara.

Selain itu, wanita juga tak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tak reti duduk diam.


Anyways, tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan tu apa?

    A BOX OF NOTHING.

Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Yes. Nothing.

Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tak ada apa yang difikirkan dalam fikiran mereka, just nothing.

Jadi jangan marah bila anda tanya: “How was your day today?” Dia jawab “okay”.

Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja.

Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang dah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya: “How was your life”. Dia jawab “okay lah.”

Lima tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan.

Inilah istimewanya ciptaan Tuhan. Lelaki diciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu, namun wanita diciptakan untuk lebih multitask dalam melakukan sesuatu.

Embrace the differences!

Sumber: Dr Azuraida Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

*Artikel asal di Keluarga


Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !