Persekitaran Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Seberang Tayor dekat Air Putih di sini yang biasanya sunyi hari ini bertukar meriah apabila dikunjungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menyampaikan bantuan pasca banjir kepada warga sekolah berkenaan.
Ketibaan Rosmah yang merupakan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) pada 11.40 pagi disambut oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria serta pimpinan tertinggi kerajaan negeri bersama-sama isteri masing-masing.
Turut serta dalam rombongan itu ialah isteri timbalan perdana menteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman merangkap Timbalan Yang Dipertua Bakti dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang.
Sejurus tiba, Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan rombongan dibawa melawat galeri pameran bencana banjir yang melanda akhir tahun lalu dan disusuli taklimat oleh Pegawai Daerah Kemaman Datuk Mustafar Khalid.
Bantuan Bakti dan PPPM itu berupa set alat tulis dan pakaian seragam sekolah untuk murid sekolah itu dan barangan untuk 20 guru dan tiga kakitangan sekolah terbabit.
PPPM sebelum ini telah menyampaikan bantuan bernilai RM1.33 juta kepada 69 buah sekolah yang terjejas banjir di Terengganu merangkumi 29,257 murid sekolah rendah dan menengah serta 3,080 orang guru dan 541 kakitangan sokongan.
Dalam lawatan ke Kemaman hari ini, Bakti turut menyampaikan bantuan baju T, kain pelikat, kain batik, sejadah, telekung dan tuala yang bernilai RM190,000 kepada 2,000 buah keluarga yang terlibat dengan bencana alam itu.
Setelah kira-kira sejam meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir berkenaan, Rosmah dan rombongan kemudiannya ke Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor untuk menyampaikan sumbangan kepada lebih 100 keluarga mangsa banjir kawasan itu.
Setiap keluarga menerima barang kebersihan diri dan wang tunai RM1,000 iaitu masing-masing RM500 daripada Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan negeri.
Selain Bakti dan PPPM , bantuan turut disumbangkan oleh Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia dan beberapa buah syarikat antaranya Gamuda Berhad, Sunway Group, YTL Corporation Berhad, Yayasan Albukhary, Berjaya Corporation Berhad, Malaysia Resources Corporation Berhad, Permata dan Pasaraya Giant.
Sementara itu, seorang penerima bantuan Gayah Abdul Rahman, 65, ketika ditemui berkata meskipun banjir telah berlalu, namun kehadiran isteri perdana menteri dan rombongan untuk menyampaikan bantuan sedikit sebanyak meringankan beban warga kampung.
"Tak kisahlah sumbangan diterima lambat atau cepat, janji mereka turun padang melawat dan kami sudah cukup berbesar hati. Saya tidak sangka dapat berjumpa dengan beliau (Rosmah) dan menerima barangan daripada tangan datin seri sendiri," katanya yang merupakan Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita Felda kawasan itu.
Guru Besar sekolah itu, Mohd Rozi Hamid berkata kedatangan isteri perdana menteri dan pemimpin tertinggi negara menyuntik semangat mereka untuk terus memberi khidmat terbaik dalam mendidik anak bangsa agar terus menjadi generasi pelapis yang cemerlang.
"Saya mewakili 20 orang guru, tiga kakitangan dan 178 murid termasuk prasekolah sangat bersyukur dan gembira di atas pelbagai bantuan yang diberikan kepada kami," katanya.
Bernama
Sun Feb 08 2015

Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada pelajar sekolah sewaktu majlis penyampaian bantuan banjir sempena lawatan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan Seberang Tayor.-Foto Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.