NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah mengenal pasti identiti sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Pulau Pinang yang didakwa bertindak merosakkan harta benda di dalam sebuah kelas selepas sesi terakhir sekolah semalam.
Menterinya, Fadlina Sidek berkata, pelajar berkenaan telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan mereka.
Jelasnya, pihak sekolah turut memanggil ibu bapa kepada pelajar berkenaan dan mereka ini akan diberikan bimbangan serta kaunseling susulan insiden tersebut.
Fadlina berkata pihak KPM tidak akan berkompromi dengan tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan seperti ini.
"Tindakan daripada pihak sekolah adalah memanggil anak-anak ini dan ibu bapa mereka untuk siasatan dan bimbingan serta kaunseling juga.
"Saya fikir ia penting kerana berdasarkan video tular itu, ia satu perkara yang sepatutnya berlaku dalam keadaan kita memang tidak berkompromi dengan tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan.
"Barangkali perlu ada bimbangan dan kaunseling diberikan kepada anak-anak ini, dan saya harap perkara ini tidak ditularkan kerana kita nak menjaga dan memelihara identiti anak-anak," ujar beliau.
Dalam pada itu, Fadlina berharap tindakan vandalisme ini tidak terus menjadi budaya kerana ia bukan tindakan yang wajar diikuti dalam kalangan pelajar sekolah.
Katanya, insiden sedemikian tidak seharusnya berlaku dan beliau berharap ia tidak berulang pada masa hadapan.
"Saya tak fikir itu budaya. Ada perkara lain yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan tersebut tapi kita akan siasat. Jadi pegawai PPD berada di sini, ketahui perkara itu dan beliau memantau ketat proses- proses yang sedang kita lakukan terhadap anak-anak ini.
"(Perbuatan) ini tak wajar menjadi budaya di mana-mana sekolah kerana kita sedang membudayakan ABC (anak baik cerdik)," jelasnya.
Dalam pada itu, Fadlina meminta orang awam menurunkan video yang memaparkan tindakan vandalisme pelajar tersebut yang telah dimuat naik di media sosial.
Fadlina berkata demikian selepas hadir pada majlis penyerahan bantuan baucar persekolahan kepada lima Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil bagi daerah Jawi di SJK Nibong Tebal pada Sabtu.
Terdahulu, tular di media sosial dua klip video memaparkan tindakan beberapa remaja yang membaling beberapa kerusi plastik dipercayai berlaku dalam sebuah kelas, serta menendang pintu tandas selepas sesi terakhir sekolah semalam.
Orang ramai yang melihat video berkenaan menyelar tindakan pelajar yang didakwa pelajar tahun akhir di sekolah berkenaan.
Astro Awani
Sat Feb 18 2023

Fadlina berkata, insiden sedemikian tidak seharusnya berlaku dan beliau berharap ia tidak berulang pada masa hadapan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dinding Gua Hira diconteng, Arab Saudi beri peringatan
Individu yang membuat sebarang kerosakan secara sengaja terhadap kemudahan awam di Arab Saudi akan dikenakan hukuman.

Tiga wanita tempatan dipanggil bantu siasatan kes conteng mural pemimpin negara
Polis telah memanggil tiga wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes conteng mural pemimpin negara.

Berdepan ancaman vandalisme, oBike tetap akan kembangkan perkhidmatan ke seluruh negara
Pengurusan oBike, bekerjasama rapat dengan polis bagi membantu menangani vandalisme melibatkan basikal miliknya.

Bukan sekadar di Malaysia, oBike turut menjadi mangsa vandalisme di negara luar
Vandalisme oBike bukan hanya berlaku di Malaysia, malah perkara sama turut dilaporkan berlaku di Australia dan Singapura.

Patung kuil Hindu di Bayan Baru dirosakkan individu tidak bertanggungjawab
Beberapa individu tidak bertanggungjawab merosakkan sebuah patung di kuil Hindu di Bayan Baru pada malam Sabtu.