Reman ke atas seorang warga emas yang disyaki merogol bayi berusia 11 bulan yang diasuh menantunya disambung seminggu lagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, permohonan sambung reman diluluskan mahkamah selepas reman terdahulu selama tujuh hari berakhir hari ini.
Beliau berkata, reman terbaharu dilanjutkan bermula esok sehingga 5 September depan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Lanjutan reman dipohon kerana masih terdapat beberapa maklumat yang belum lengkap.
"Kita akan cuba selesaikan siasatan secepat mungkin... Kita tidak semestinya tunggu sampai proses reman habis, jika semua maklumat dah ada, kita akan terus hantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Selain itu katanya, pihaknya juga sudah merakamkan keterangan anak serta menantu suspek bagi membantu siasatan.
Polis menahan suspek lelaki berusia 68 tahun pada 22 Ogos lalu, selepas disyaki merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Seksyen 24, di sini.
Terdahulu, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas kejadian disedari ibu mangsa yang mengambil anak bongsunya pada jam 6.15 petang 20 Ogos lalu.
Mangsa dikatakan mengalami berak berdarah sebelum ibunya berusia 26 tahun terus menghubungi suaminya memaklumkan kejadian dan membawa anak mereka ke hospital.
Siasatan awal polis mendapati ketika kejadian, pengasuh berusia 25 tahun keluar sebentar dan suspek tinggal di rumah tersebut bersama anak-anaknya berusia 30 dan 17 tahun serta mangsa.
Hasil soal siasat awal, suspek turut mengaku memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.
Difahamkan, mangsa dijaga pengasuh berkenaan sejak tujuh bulan lalu.
Sinar Harian
Tue Aug 28 2018

Reman ke atas seorang warga emas yang disyaki merogol bayi berusia 11 bulan yang diasuh menantunya disambung seminggu lagi. -Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Dua parah ditembak jarak dekat di Shah Alam
Ketika kejadian, mangsa yang menaiki kereta jenis Audi tiba-tiba dipintas suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang kemudiannya melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa.

Tragedi NKVE: Mayat dijumpai di Sungai Kandis sah pelajar yang hilang - Polis
Mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Kandis di sini pada Isnin lepas disahkan mayat Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di KM14.5

Mayat lelaki dijumpai tersangkut di Sungai Kandis
Satu mayat lelaki ditemui tersangkut pada perangkap sampah di Sungai Kandis di Seksyen 36 di sini semalam.

Rogol bayi: Reman warga emas disambung
Perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas kejadian disedari ibu mangsa yang mengambil anak bongsunya pada jam 6.15 petang 20 Ogos lalu.

Polis nasihat penyokong parti bertanding tidak buat provokasi esok
Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba melakukan provokasi dan kekacauan.

Maut ditikam 28 kali selepas ajak kahwin
Ajakan berkahwin seorang wanita membawa maut apabila dia ditikam 28 kali oleh kekasihnya sendiri di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, di sini kelmarin.