Ajakan berkahwin seorang wanita membawa maut apabila dia ditikam 28 kali oleh kekasihnya sendiri di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu, wanita warganegara Indonesia berusia 38 tahun itu ditemui terlentang di lantai kediaman dengan kesan tikaman di belakang badan, perut, leher dan tengkuk disyaki menggunakan pisau yang turut ditemui di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, sebelum kejadian itu dipercayai berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek selepas mangsa dipercayai mendesak suspek agar mengahwininya.
"Mangsa kemudiannya ditikam secara bertubi-tubi sehingga mati sebelum suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian.
"Mayat mangsa ditemui jiran yang kebetulan lalu di hadapan rumah mangsa selepas curiga dengan keadaan pintu rumah yang terbuka," katanya kepada pemberita pada sidang media, di IPD Shah Alam, di sini hari ini.
Menurutnya, ekoran kejadian itu polis menggerakkan usaha menjejaki suspek.
"Kurang tempoh dua jam, polis berjaya memberkas suspek yang berusia 40 tahun di kawasan tempat letak kenderaan di Seksyen 13, di sini.
"Hasil siasatan mendapati suspek yang tidak berkahwin itu mengalami masalah mental.
"Polis akan dapatkan pengesahan tersebut daripada pihak hospital dalam masa terdekat," katanya.
Justeru itu, katanya, suspek yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian elektrik akan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kata Baharuddin lagi, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
Sinar Harian
Mon Mar 12 2018
Mangsa kemudiannya ditikam secara bertubi-tubi sehingga mati sebelum suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Dua parah ditembak jarak dekat di Shah Alam
Ketika kejadian, mangsa yang menaiki kereta jenis Audi tiba-tiba dipintas suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang kemudiannya melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa.
Tragedi NKVE: Mayat dijumpai di Sungai Kandis sah pelajar yang hilang - Polis
Mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Kandis di sini pada Isnin lepas disahkan mayat Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di KM14.5
Mayat lelaki dijumpai tersangkut di Sungai Kandis
Satu mayat lelaki ditemui tersangkut pada perangkap sampah di Sungai Kandis di Seksyen 36 di sini semalam.
Rogol bayi: Reman warga emas disambung
Perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas kejadian disedari ibu mangsa yang mengambil anak bongsunya pada jam 6.15 petang 20 Ogos lalu.
Polis nasihat penyokong parti bertanding tidak buat provokasi esok
Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba melakukan provokasi dan kekacauan.
Maut ditikam 28 kali selepas ajak kahwin
Ajakan berkahwin seorang wanita membawa maut apabila dia ditikam 28 kali oleh kekasihnya sendiri di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, di sini kelmarin.