AYER KEROH: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 263 tahun dan 20 sebatan selepas didapati bersalah atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya yang berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 36 tahun bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 35 tahun selepas Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, memerintahkan hukuman itu dijalankan secara berperingkat.
Keputusan itu dibuat Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail dalam dua prosiding berasingan.
Mengikut 11 pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 16 tahun.
Tertuduh turut didakwa atas lapan pertuduhan dibawah Seksyen 377CA kanun sama atas pertuduhan melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Manakala bagi 12 pertuduhan lagi, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan kerana dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu dengan cara memegang anggota sulitnya bagi tujuan seksual.
Tertuduh turut didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya melepasi 16 tahun.
Kesemua kesalahan itu dilakukan antara Januari 2020 sehingga 14 Mac 2023 lalu iaitu sejak remaja berkenaan berusia 13 tahun di rumah mereka di Jasin.
Terdahulu dua prosiding berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Aliff Asyraf Anuar Sharuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh yang juga pengajar kelas renang itu menitiskan air mata ketika mengemukakan rayuan dan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan dia masih mempunyai anak kecil serta tanggungan lain memandangkan isterinya tidak bekerja.
Pihak pendakwaan dalam hujahan mereka bagaimanapun mencadangkan mahkamah menetapkan hukuman yang setimpal memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana mangsa dirogol sejak berusia 13 tahun selain memohon mahkamah mengambil kira keterangan impak mangsa.
Mangsa dikatakan mengalami kebimbangan yang melampau yang mana tindakan tertuduh bukan sahaja telah merentap maruahnya, sebaliknya turut menyebabkan tertuduh terpaksa menanggung malu akibat tindakan tidak bertanggungjawab tertuduh serta isteri yang juga ibu kandung mangsa.
Remaja itu juga dikatakan perlu dibantu oleh kaunselor dan pakar psikiatri kerana dia tidak mempercayai mana-mana individu memandangkan ibunya juga sebelum ini tidak mempercayai kejadian yang menimpa dirinya.
Astro AWANI April lalu melaporkan, pendedahan kehilangan remaja perempuan itu membongkar perbuatan keji bapa tirinya yang sering menjadikannya mangsa pemuas nafsu.
Perbuatan terkutuk tertuduh yang dipercayai turut diketahui isterinya itu terbongkar selepas mangsa yang sebelum ini melarikan diri selama 18 hari memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis.
Rentetan itu bapa tiri serta ibu kandung mangsa yang berusia 36 dan 40 tahun ditahan sejurus tiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2).
Shuhada Abdul Kadir
Mon May 15 2023

Tertuduh yang berusia 36 tahun bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 35 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu dijalankan secara berperingkat. - Gambar/ Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.

Rogol anak tiri hingga lahirkan bayi, pemandu van dipenjara 10 tahun dan sebat
Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun, selepas selesai menjalani hukuman.

Anggota tentera didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya berumur 12 tahun.

Bapa, anak lelaki bersama rakan didakwa rogol anak tiri berusia 12 tahun
Seorang bapa bersama anak lelakinya serta rakan kepada anaknya itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok.

Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun
Tertuduh yang berusia 45 tahun dan sudah 29 tahun tinggal di Malaysia dituduh merogol anak tirinya di sebuah rumah di Ipoh pada 23 Jun lalu.

Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menjadikan dua anak tirinya yang masing-masing berusia 13 dan 15 tahun sebagai pemuas nafsunya sejak tujuh tahun lalu di sebuah rumah di Tanjung Kling.

Lelaki didakwa rogol anak tiri sejak mangsa usia 12 tahun
Seorang lelaki berusia 54 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas pertuduhan merogol anak tirinya sejak mangsa berusia 12 tahun.

Polis tahan lelaki disyaki rogol anak tiri warga Filipina
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 18 tahun di Bukit Horizon dekat sini 24 November lalu.

'105 kali rogol, sekali pun tidak boleh dimaafkan' - Hakim
Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhir lelaki itu selaku perayu, untuk mengurangkan hukuman penjara selama 42 tahun dan 24 sebatan.

Pemandu lori mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun, lima tahun lalu.