Gara-gara dikuasai nafsu, seorang pemandu bas hilang pertimbangan sehingga tergamak merogol anak tirinya sebanyak lima kali sepanjang Julai lalu.
Suspek yang berusia 47 tahun itu difahamkan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu terhadap anak tirinya itu pada waktu siang dan malam.
Selepas siasatan dijalankan, pihak polis memberkas lelaki berkenaan sekitar pukul 1.05 pagi pada Isnin lalu di sebuah restoran berhampiran daerah Kota Kinabalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim, mangsa yang menjadi bahan pemuas nafsu bapa tirinya baru berusia 14 tahun dan masih bersekolah menengah.
Beliau berkata, kejadian berkenaan berlaku di rumah mangsa di Kampung Sungai Damit, Tuaran.
"Kejadian rogol ini berlaku pada sekitar bulan Julai lalu namun tarikh sebenar masih disiasat.
"Kita difahamkan mangsa diperbuat demikian sebanyak lima kali ketika waktu siang dan malam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Damit, Tuaran," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Susulan insiden tersebut, Mohd Hamizi berkata, mangsa mengadu peristiwa perit itu kepada ahli keluarga dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum dibawa untuk membuat laporan polis.
"Polis menerima laporan berhubung insiden ini jam 10.27 pagi pada 18 September lalu oleh pengadu yang terlibat.
"Susulan daripada itu, kita kemudiannya berjaya menahan suspek pada Isnin lalu di sebuah restoran di daerah Kota Kinabalu," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Hamizi berkata, pihaknya sentiasa mengambil perhatian yang serius dalam mengatasi sebarang masalah seksual terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.
Kes itu, kata beliau, disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Ruzaini Zulkepli
Wed Sep 25 2019
Mangsa yang menjadi bahan pemuas nafsu bapa tirinya itu baru berusia 14 tahun dan masih bersekolah menengah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.
Amang seksual: Bapa tiri dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Amang seksual terhadap anak tiri: Pekerja restoran dipenjara lima tahun, dua sebatan
Seorang pekerja restoran dihukum penjara lima tahun dengan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Bunuh anak tiri berusia 6 tahun kerana cemburu
Pembunuhan itu dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana perasaan cemburu dan iri hati terhadap mangsa.
Tukang urut mengaku amang seksual anak tiri 18 tahun
Seorang tukang urut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya berusia 18 tahun, Khamis lalu.
Kerani pusat khidmat rakyat didakwa bersetubuh dengan anak tiri
Seorang kerani di pusat khidmat rakyat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya berusia 17 tahun.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rogol anak tiri, dua individu dihadap ke mahkamah
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol dua anak tirinya tahun lalu.