MELAKA: Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol dua anak tirinya tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 44 tahun itu melakukan kesalahan tersebut ke atas kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 16 tahun, antara Mac 2023 hingga 1 Jan, di sebuah rumah di Taman Merlimau Emas Seksyen 2, Merlimau di dalam daerah Jasin.
Tertuduh berdepan enam pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 AKSTK 2017 yang boleh dihukum penjara tidak kurang 20 tahun dan sebat.
Lelaki itu juga berdepan tiga dakwaan di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat.
Tiga dakwaan turut dikenakan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membolehkannya dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom, mencadangkan jaminan sebanyak RM70,000 bagi kesemua pertuduhan dan syarat tambahan, manakala tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain merayu jaminan yang rendah dengan alasan menanggung ibunya yang berusia 72 tahun.
Hakim Dharmafikri Abu Adam kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka setiap bulan.
Tertuduh dan pihak lain juga dilarang menghubungi dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Sementara itu di hadapan hakim yang sama, seorang lagi individu dihadapkan ke mahkamah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol dua anak tiri perempuannya berusia 14 dan 16 tahun di Rumah Pangsa Lereh, Tanjung Kling dalam daerah Melaka Tengah antara Jun 2023 hingga 2 Jan lalu.
Tertuduh berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu, berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 AKSTK 2017 dan tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi empat pertuduhan manakala dua lagi pertuduhan tidak ditawarkan jaminan.
Peguam Nur Aifaa Mohd Zain yang mewakili tertuduh, tidak membuat sebarang rayuan kerana anak guamnya tidak mampu menyediakan wang jaminan.
Darmafikri mengarahkan tertuduh dibawa ke penjara dan menetapkan tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes pada 27 Feb depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol dua anak tirinya tahun lalu. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Juruteknik rugi lebih RM444,000 terpedaya ‘job scam’ dalam talian
Mangsa menyedari telah ditipu apabila sehingga kini belum menerima komisen seperti dijanjikan.

Rogol anak tiri, dua individu dihadap ke mahkamah
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol dua anak tirinya tahun lalu.

Beli pistol tiruan kerana hobi, juruteknik didenda RM2,000
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.

Juruteknik rugi RM222,473 terpedaya 'love scam'
Wanita itu memberitahu mangsa bahawa dia akan menghantar bungkusan berisi wang sebanyak AS$1 juta (RM4.2 Juta).

Juruteknik mati selepas bergaduh dengan penjaga tokong
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Rugi RM13,310 diperdaya iklan pinjaman tidak wujud
Mangsa menghubungi seorang individu dikenali sebagai CK Leong dan memberitahu mahu membuat pinjaman sebanyak RM20,000.

Juruteknik rugi RM470,000 diperdaya 'wakil LHDN'
Mangsa diarahkan untuk memberikan maklumat kesemua akaun bank yang ada berserta kata laluan dan nombor pada kad mesin juruwang automatik (ATM).

Lelaki dituduh subahat dengan rakan, beri rasuah RM120,000 kepada pegawai polis
Mohd Nizam Mohamed Lazim, 36, yang juga juruteknik penyaman udara sambilan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Gadis jadi 'pemuas nafsu' bapa sejak berusia 6 tahun
Penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.

Tiga juruteknik didakwa tipu bayaran baiki kabel
Tiga juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menipu berhubung urusan bayaran membaiki kerosakan kabel berjumlah RM6,000.