SEREMBAN: Seorang juruteknik kilang di sini kerugian RM222,473 selepas menjadi mangsa 'love scam' atau penipuan cinta oleh wanita yang dikenali menerusi laman Facebook sejak Januari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata lelaki berusia 45 tahun itu dihubungi oleh seorang wanita menerusi aplikasi 'messenger' Facebook yang memperkenalkan diri sebagai Mei Ling dan mendakwa dirinya seorang doktor dari Yaman.
Beliau berkata setelah persahabatan terjalin, wanita itu memberitahu mangsa bahawa dia akan menghantar bungkusan berisi wang sebanyak AS$1 juta (RM4.2 Juta) dan lelaki itu perlu membuat pembayaran bagi penghantaran bungkusan tersebut.
"Pada 18 Feb lepas, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM25,137 ke dalam satu akaun bank tempatan di sebuah bank di sini. Seterusnya pada 10 Mac lepas, mangsa sekali lagi telah memasukkan duit berjumlah RM60,650 ke akaun sama di sebuah bank di Nilai.
"Empat hari kemudian, mangsa turut memasukkan wang berjumlah RM60,000 ke sebuah akaun bank tempatan milik individu lain bernama 'Sellyhia'. Kedua-dua transaksi ini bagi melepaskan bungkusan pengadu yang tersangkut di Kastam Kemboja dan lapangan terbang Kemboja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Aibee berkata mangsa membuat pembayaran sebanyak RM76,686 lagi ke akaun bank pertama pada 28 Mac lepas kerana dimaklumkan bahawa bungkusan tersebut perlu ditukar kepada nama mangsa dan pembayaran perlu dibuat.
Menurutnya pihak bank ada bertanyakan kepada siapa wang itu diberikan, namun wanita terbabit terlebih dahulu meminta mangsa memberitahu bahawa ia adalah untuk urusan membayar hutang, perbelanjaan dan pinjaman bagi mengelakkan bank mengesyaki urusan transaksi itu.
Aibee berkata lelaki berkenaan sekali lagi diminta untuk membayar sebanyak RM41,000 kepada wanita itu pada 31 Mac lepas, namun mangsa tidak membuat pembayaran kerana tidak mempunyai wang selain berasa ditipu.
Mangsa telah membuat laporan polis dua hari lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Setelah persahabatan terjalin, wanita itu memberitahu mangsa bahawa dia akan menghantar bungkusan berisi wang sebanyak AS$1 juta. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita yang dikenali hanya dalam tempoh 20 hari, seorang penghantar barang terpaksa berputih mata selepas kerugian sebanyak RM63,826 kerana diperdaya 'love scam'.

Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.

Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.

Dibuai cinta 'ahli geologi marin', peguam rugi RM1.75 juta
Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.

Pesara bank wanita kerugian RM1.98 juta angkara 'love scam'
Wanita itu telah memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan, untuk menebus bungkusan.

Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.

Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.

Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.