SUNGAI SIPUT: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa dijangka tiba di Malaysia tengah malam hari ini bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata fokus kerajaan adalah untuk mendapatkan kembali aset yang dikaitkan dalam kes itu.
"Jadi itu (Ng) kita serahkan kepada pihak berkuasa, agensi penguat kuasa untuk menjalankan siasatan. Ia dalam pengetahuan saya kerana kebanyakan agensi atau institusi terbabit selain daripada Peguam Negara adalah agensi di bawah KDN (Kementerian Dalam Negeri).
"Kalau tiada halangan apa-apa, dia akan sampai negara kita hari ini, tengah malam nanti. Kalau tiada halangan apa-apa," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bersama masyarakat Orang Asli di Pos Kuala Mu di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai Ng dan bila dia akan tiba ke Malaysia.
Semalam, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan diserahkan kepada Malaysia untuk berdepan pertuduhan di Malaysia.
Saifuddin Nasution berkata Ng hanya berada di Amerika Syarikat untuk sementara sahaja sebelum ini bagi berdepan perbicaraan di negara itu.
"Dia telah disabitkan (hukuman) 10 tahun penjara, tetapi belum lagi menjalani pemenjaraan. Kita belum selesai lagi (siasatan), untuk itu kita maklumkan Amerika Syarikat, dalam kes ini Jabatan Keadilan (DOJ), kita maklumkan melalui Pejabat Peguam Negara, mengikut perjanjian apabila selesai perbicaraan di sana, kita boleh dapatkan dia balik.
"Jadi, kita pun ikut perjanjian itu, maka pihak DOJ bersetuju untuk dia dihantar balik bagi tujuan pihak berkuasa di Malaysia meneruskan siasatan mengenai 1MDB ataupun mengenai Goldman Sachs," katanya.
Ditanya berkenaan lokasi ketibaan Ng, Saifuddin Nasution hanya menjawab: "(Akan tiba) ke satu destinasi yang selamatlah".
Sementara itu dalam kes berlainan berkenaan perkembangan siasatan terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Saifuddin Nasution berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada Isnin bagi membantu melengkapkan notis merah Interpol.
"Misalnya siasatan di bawah apa, kita kena nyatakan dalam notis untuk kita mohon notis merah itu, pertuduhan di bawah apa dan sebagainya itu kita kena lengkapkan dulu," katanya.
Ogos lepas, Azam memberitahu media bahawa menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
Bagaimanapun, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua individu terbabit meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 dan 21 Mei lepas, dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.
Berkenaan program hari ini, Saifuddin Nasution berkata KDN menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyasarkan sebanyak 1,500 program MEKAR diadakan sehingga hujung tahun ini.
Beliau berkata setakat Januari hingga 30 Sept tahun ini, sebanyak 1,411 program MEKAR telah dijalankan di seluruh negara dan menerima kira-kira 40,000 permohonan berkaitan di bawah bidang kuasa JPN termasuk khidmat nasihat jabatan itu.
Program hari ini dihadiri kira-kira 900 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar dari lima kampung di sekitar Pos Kuala Mu iaitu Kampung Kuala Mu, Kampung Toh, Kampung Bersah, Kampung Gapeh Hulu dan Kampung Gapeh Hilir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Roger Ng (foto) dijangka tiba di Malaysia tengah malam hari ini bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1MDB. -Gambar fail/Bernama
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.