Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyambut baik Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), terutamanya penekanan berkaitan pengagihan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata bagi UPKO cadangan pengagihan kuasa ketiga-tiga cabang berkenaan dalam kajian itu yang dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat, pada Khamis, sangat penting supaya ada sistem semak dan imbang dalam unit-unit kerajaan.
"Begitu juga dengan pengagihan kuasa di peringkat pusat, negeri dan daerah. Ia perlu ada sistem semak dan imbang serta penekanan dalam hal-hal ketelusan perkara itu sangat kita alu-alukan.
"UPKO juga sangat mengalu-alukan penekanan baru dan keutamaan diberikan kepada orang-orang asal Sabah, Sarawak dan Semenanjung terutama dari segi penyertaan masyarakat orang asal dalam bidang keusahawanan dan ekonomi," katanya selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UPKO di sini pada Jumaat.
Beliau seterusnya berharap penekanan baharu berhubung orang asal itu dapat dilaksanakan dengan mencapai sasaran ditetapkan.
"Kita tidak mahu seperti Rancangan Malaysia kelapan kerana pada masa itu perkara mengenai orang-orang asal diutarakan namun pelaksanaannya tidak baik. Oleh itu kita mahu ada pemantauan terhadap penekanan baharu itu agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta mencapai sasaran.
"Salah satu cara ia dapat dilaksanakan dengan baik ialah autonomi kepada Sabah dan Sarawak...sekiranya autonomi itu tidak diberikan, kita tidak dapat pastikan bantuan diberikan sampai kepada sasaran. Contohnya, jika keputusan masih lagi dibuat di peringkat pusat dan bukan di negeri ia tidak akan sampai ke sasaran," katanya.
Pada masa sama, Madius berkata mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal adalah langkah sangat baik.
"UPKO menyokong langkah berkenaan kerana kita melihat bila seseorang memegang jawatan itu terlalu lama ia akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa. Kita lihat dua penggal sudah mencukupi untuk melaksanakan misi dan visi pemerintahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018
WILFRED: UPKO juga sangat mengalu-alukan penekanan baru dan keutamaan diberikan kepada orang-orang asal Sabah, Sarawak dan Semenanjung. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Rayuan saman Halim Saad terhadap Tun M ditetapkan 18 Ogos tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Ogos tahun depan untuk mendengar rayuan Tan Sri Halim Saad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau yang difailkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib, Tun Mahathir sebumbung di mahkamah hari ini
Dua bekas Perdana Menteri dan juga seteru politik dijangka bertembung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.
The Greater Kedah tidak bercanggah dengan SG4 - Tun Mahathir
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.
Sudah berusia 99 tahun, Tun M masih aktif penuhi undangan kerja
Tun M mampu melakukan 15 aktiviti termasuk mesyuarat, wawancara, menghadiri majlis dan sebagainya dalam tempoh 30 September hingga 5 Oktober.
“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.