KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melipatgandakan usaha dalam membangunkan kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak bagi merapatkan jurang pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang agar jurang pembangunan dengan Semenanjung dapat dikurangkan.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang diterbitkan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) pada Isnin, keutamaan akan diberikan kepada bidang tumpuan yang tersenarai.
Ia termasuk mempercepatkan penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan, mempelbagaikan dan merancakkan aktiviti ekonomi dan menambah baik tadbir urus.
“Pelaksanaan transformasi ini dijangka dapat mengurangkan jurang pembangunan sosioekonomi antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat," kata dokumen itu.
Meningkatkan penyediaan infrastruktur luar bandar
Melalui RMK-12, kerajaan akan memantapkan penyediaan infrastruktur bagi mengukuhkan integrasi ekonomi di kawasan luar bandar.
Kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap pembinaan dan menaik taraf jalan, jambatan dan infrastruktur digital.
“Ini termasuk membina dan menaik taraf 2,800 kilometer jalan berturap, 100 jambatan serta memasang lampu jalan kampung untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
"Di samping itu, infrastruktur digital turut akan dipergiatkan bagi liputan jalur lebar talian tetap di kawasan luar bandar dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 20 peratus premis dilengkapi jalur lebar berkelajuan sehingga 500Mbps," menurut dokumen itu lagi.
Manakala, liputan bekalan air turut akan diperluaskan untuk mencapai 98 peratus daripada isi rumah bandar termasuk penyediaan bekalan air alternatif dan sistem retikulasi.
Tidak hanya itu, bekalan elektrik pula akan akan diperluaskan bagi menambah baik kualiti hidup penduduk luar bandar.
"Akan diperluaskan untuk mencapai 99 peratus melalui talian grid dan sistem alternatif seperti hidro berskala kecil, solar hibrid dan solar fotovoltan" menurut dokumen itu lagi.
Memanfaatkan sepenuhnya guna tanah untuk ekonomi luar bandar
Bagi menangani isu kemiskinan dan memperkukuhkan inklusiviti , kerajaan menawarkan untuk mempelbagaikan dan merancakkan aktiviti ekonomi luar bandar bagi membantu menjana pendapatan penduduk luar bandar.
Selain itu, pertanian pintar dan berkelompok akan dilaksanakan dengan memanfaatkan sepenuhnya tanah terbiar bagi meningkatkan sektor ekonomi dengan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil ladang.
Pelaksanaan Program Pembangunan Peneroka di tanah rancangan FELDA antara yang akan terus dipergiatkan bagi membantu meningkatkan pendapatan peneroka.
Bagi memenuhi permintaan tersebut, peneroka akan didedahkan dengan program latihan, peningkatan kemahiran dan pembiayaan serta penggunaan teknologi moden bagi menceburi bidang pertanian seperti tanaman kontan dan herba, penanaman secara fertigasi, hortikultur, ternakan dan akuakultur.
Manakala, Projek Rintis di FELDA Bukit Rokan, Negeri Sembilan akan diperluaskan ke tanah rancangan FELDA yang lain.
Selain itu, kerajaan turut akan menyokong usaha transformasi bagi mencapai kemampanan operasi dan kewangan.
Eton Khir
Mon Sep 27 2021

Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan, merancakkan aktiviti ekonomi dan menambah baik tadbir urus.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

RMK12: Projek yang lama lulus tetapi belum mula, akan dibatalkan - PM Anwar
Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah.

RMK12: Hasil kerajaan pada 2023-2025 diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion
Hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion untuk baki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu dari 2023 hingga 2025.

Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.

1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi
Sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.

Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Kerajaan semak semula keutamaan projek pembangunan RMKe-12 bagi 2022 - Mustapa
Projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi 2022 akan dikaji semula pelaksanaannya selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF).

RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.

Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).