KUALA LUMPUR:Kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 di Dewan Rakyat dalam sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 yang dijadualkan pada Mac, 2021.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata Unit Perancang Ekonomi (UPE) kini dalam proses memuktamadkan dokumen RMK-12.
"Semua strategi dan inisiatif RMK-12 dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).
"Sesi libat urus secara meluas telah diadakan dalam tempoh 18 bulan lalu bagi memastikan 'tiada sesiapa yang tertinggal' dalam penggubalan dan pelaksanaan pelan pembangunan negara ini," katanya.
Maklum balas dan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan sudah diambil kira termasuk sektor awam dan swasta, pakar industri, akademik, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan, organisasi antarabangsa, Jemaah Menteri, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta masyarakat umum melalui pelbagai saluran termasuk libat urus dalam talian, katanya.
Beliau berkata RMK-12 akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha memantapkan ekonomi negara dan memastikan kehidupan yang wajar untuk rakyat.
--BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Unit Perancang Ekonomi (UPE) kini dalam proses memuktamadkan dokumen RMK-12. - Gambar fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Pertumbuhan positif, PMKS beralih ke tahap lebih tinggi - Ewon
Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia mula beralih ke tahap lebih tinggi apabila data pertumbuhan menunjukkan perkembangan positif.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
Sabah tetapkan tujuh keutamaan bangunkan industri kebudayaan - Hajiji
Kerajaan Sabah menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di negeri ini yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.
Kerajaan perlu susun semula ekonomi bermula dengan RMK-12
Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada penyusunan semula ekonomi yang dimulakan dengan Rancangan Malaysia Ke-12, menurut MARC Rating Corp Bhd.
2,053 hektar tanaman durian Musang King di Sabah sehingga tahun lepas
Industri tanaman durian khususnya Musang King adalah antara tanaman keutamaan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 hingga 2025.
Lebih banyak rumah mampu milik dibina menerusi platform HOPE - PM
HOPE bukan sahaja platform dalam mempromosikan perumahan malah ia juga bertujuan melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.
RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.
Raih potensi industri lokaliti ke arah pertumbuhan mampan 2025 - Penganalisis
potensi pembangunan negeri khususnya di luar bandar harus dimaksimumkan sepenuhnya bagi meningkatkan taraf ekonomi di Malaysia.