KUALA LUMPUR: Sebanyak RM4.66 bilion diperuntukkan bagi negeri Sabah manakala RM4.47 bilion bagi negeri Sarawak dengan hasrat melihat kemakmuran negara dikongsi bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan peruntukan itu sedang disalurkan melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.
"Peruntukan pembangunan ini merupakan antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Ini adalah bukti komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah dan Sarawak.
"Dengan prinsip ‘Bekerja Bersama Rakyat’, kerajaan akan terus memberi fokus kepada penduduk di Sabah dan Sarawak, agar kemakmuran yang dikecapi pada hari ini dapat dinikmati secara saksama," katanya ketika menyampaikan Perutusan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
Perdana Menteri menjelaskan sebagai langkah siap siaga negeri Sabah dan Sarawak beralih kepada teknologi 5G, kerajaan memperuntukkan RM7.7 bilion bagi tempoh lima tahun, dengan negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM3.61 bilion, dan Sarawak RM4.09 bilion.
Beliau menjelaskan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2021 hingga 2025 menjanjikan liputan serta kemudahan internet lebih baik dan meluas, demi manfaat bersama Keluarga Malaysia khususnya di Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang.
"Jaminan saya, kerajaan terus komited memperbaiki perkhidmatan jalur lebar di kedua-dua negeri ini. No one will be left behind, everyone will have access to the digital world, and everyone must be connected.
"Perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada 3.8 juta penduduk di Sabah, dan 2.8 juta penduduk di Sarawak. Semoga selepas ini, kita tidak lagi mendengar ada Keluarga Malaysia, yang terpaksa memanjat pokok atau bumbung rumah, untuk mencari capaian internet pada masa akan datang," katanya lagi.
Ismail Sabri menjelaskan tumpuan kerajaan pada ketika ini adalah untuk memulihkan sektor-sektor ekonomi negara khususnya di Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Astro Awani
Thu Sep 16 2021
![RM9.13 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak - PM RM9.13 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631800516_TBPMjpg.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam ini. - Foto BERNAMA
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Parlimen Thailand pilih Perdana Menteri baharu esok Parlimen Thailand pilih Perdana Menteri baharu esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723695263_TBSretthaThavisin.jpg)
Parlimen Thailand pilih Perdana Menteri baharu esok
Parlimen Thailand akan bersidang pada Jumaat ini bagi mengadakan mesyuarat khas memilih perdana menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin pada Rabu.
![Mahkamah Perlembagaan Thailand lucut jawatan PM Srettha Thavisin Mahkamah Perlembagaan Thailand lucut jawatan PM Srettha Thavisin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
Mahkamah Perlembagaan Thailand lucut jawatan PM Srettha Thavisin
Keputusan itu diputuskan dengan 5-4 dengan lima hakim menyokong aduan dikemukakan manakala empat menolak.
![PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723523531_AnwarIbrahim.jpg)
PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini
Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19.
![PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712805077_anwaribrahim.jpg)
PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 hari ini.
![Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723192060_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang sekiranya Sabah memerlukan peruntukan tambahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![PM Anwar mahu badan berkanun lebih telus, lakukan anjakan paradigma PM Anwar mahu badan berkanun lebih telus, lakukan anjakan paradigma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723185698_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu badan berkanun lebih telus, lakukan anjakan paradigma
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu badan berkanun persekutuan melakukan anjakan paradigma dan bersifat lebih telus.
![Pelaburan tambahan Infineon bukti keyakinan terhadap dasar negara - PM Anwar Pelaburan tambahan Infineon bukti keyakinan terhadap dasar negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723185793_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pelaburan tambahan Infineon bukti keyakinan terhadap dasar negara - PM Anwar
Dasar ekonomi negara yang jelas dan kestabilan politik menjadi antara faktor yang menarik syarikat Infineon Technologies AG (Infineon) untuk mengumumkan pelaburan tambahan di Malaysia.
![Perbincangan buka fakulti kejuruteraan di UUM akan dilakukan - PM Anwar Perbincangan buka fakulti kejuruteraan di UUM akan dilakukan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723109574_AnwarIbrahim.jpg)
Perbincangan buka fakulti kejuruteraan di UUM akan dilakukan - PM Anwar
Ia bagi menampung keperluan mendesak dalam sektor teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) serta industri elektrik dan elektronik (E&E).
![PM Anwar sampai sumbangan kepada aktivis reformasi PM Anwar sampai sumbangan kepada aktivis reformasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723100009_tbZiarahMADANI.jpg)
PM Anwar sampai sumbangan kepada aktivis reformasi
Anwar menyampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi Mohd Shamsuri Alias bagi membantu mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapinya.