Kerajaan memperuntukkan RM459 juta dalam usaha meningkatkan taraf hidup 108,000 nelayan pesisir pantai di seluruh negara.
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mohd Sallehhuddin Hassan berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM300 juta diluluskan pada 2012 manakala RM159 juta pada tahun lepas.
"Peruntukan itu untuk membangunkan masyarakat nelayan terutama bagi projek pembinaan rumah baharu dan membaik pulih rumah sedia ada di samping melaksanakan projek industri kecil dan sederhana (IKS)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Keceriaan Penduduk Taman Perumahan Nelayan Tok Bali di sini, hari ini.
Program berkenaan dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan turut dihadiri Pengarah LKIM Kelantan, Abdullah Ismail serta 300 nelayan yang menghuni Taman Perumahan Nelayan Tok Bali.
Mohd Sallehhuddin berkata antara projek terbesar yang dilaksanakan ialah rancangan penempatan semula rumah nelayan yang kini dalam proses pelaksanaan di Kedah, Perak, Melaka, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Setiap projek akan memberi faedah kepada 300 nelayan melalui pembinaan rumah yang dilengkapi tiga bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur," katanya.
Beliau berkata selain itu, sebanyak 15,000 rumah rosak telah dibaik pulih dengan peruntukan RM10,000 bagi setiap rumah sementara 5,000 rumah rosak dijangka dapat dibaik pulih pada tahun ini.
Bagi pelaksanaan program ekonomi katanya, LKIM menyasarkan pendapatan nelayan bertambah dari RM1,500 pada masa ini kepada RM5,000 menjelang 2020.
Sementara itu, Mohd Faudzi ketika berucap pada majlis itu, berkata kerajaan negeri meluluskan kawasan seluas kira-kira 220 hektar untuk dijadikan tapak kilang berasaskan petrokimia dan gas di bandar perikanan Tok Bali.
Beliau berkata projek itu akan dibangunkan secara usahasama antara Majlis Daerah Pasir Puteh, Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur.
Katanya, projek berkenaan dijangka memberi banyak faedah terutama peluang pekerjaan kepada anak-anak nelayan di negeri itu.
Bernama
Thu Feb 25 2016

RM459juta tingkat taraf hidup 108,000 nelayan pantai -

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.

Bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina - LKIM
Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.

LKIM sedia peruntukan bantu nelayan terjejas banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam bentuk bakul makanan untuk membantu nelayan terjejas banjir.

Belanjawan 2025: Tambahan peruntukan bukti komitmen kerajaan bela nasib nelayan - LKIM
Nelayan tidak pernah terpinggir daripada menerima bantuan, malah soal kebajikan komuniti terbabit sentiasa diambil berat dan diberi keutamaan.

Belanjawan 2025: LKIM harap belanjawan pacu transformasi sektor perikanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia harap Belanjawan 2025 dapat menjadi pemangkin kepada transformasi sektor perikanan.

LKIM kaji semula keluasan kawasan PNK
LKIM akan mengkaji semula persempadanan kawasan PNK sebagai usaha menambah baik pengurusan dan penyampaian perkhidmatan setiap PNK kepada nelayan.

Belanjawan 2025: LKIM harap kerajaan teruskan inisiatif, bantuan kepada nelayan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap kerajaan dapat meneruskan inisiatif dan bantuan telah diberikan kepada nelayan sebelum ini dalam Belanjawan 2025.

LKIM sasar 32,000 pemilik bot daftar MyIsytihar tahun depan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyasarkan kesemua pemilik bot nelayan seluruh negara mendaftar dalam aplikasi MyIsytihar LKIM menjelang akhir 2025.

Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan
Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.

LKIM saran anak nelayan kuasai kemahiran jadi tekong, persediaan guna bot besar
Muhammad Faiz berkata terdapat pusat latihan untuk melatih anak-anak nelayan itu menjadi tekong berkemahiran.