REMBAU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM45.11 juta bagi pelaksanaan projek infrastruktur, sosio ekonomi dan kemudahan awam di seluruh Negeri Sembilan hingga Oktober lepas, kata Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata projek berkenaan membabitkan pembaikan cerun, parit, longkang, kolam takungan dan pembinaan MyKiosk di beberapa daerah sekali gus memberikan keselesaan kepada orang ramai.
"Kita galakan juga untuk menaik taraf lampu jalan dengan lampu LED. Bajet perlu dibelanjakan tahun ini juga dan dalam lawatan tadi juga saya tinjau keperluan cadangan untuk tahun depan, perkara ini membolehkan KPKT memulakan kerja lebih awal.
"Keseluruhan peruntukan ini merupakan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja sempena program Sentuhan Kasih KPKT di sini hari ini.
Beliau turut meninjau kemudahan dan infrastruktur awam serta sistem pencahayaan Stadium Mini Rembau, Medan Selera Sri Kendong, Pasar Malam Pekan Rembau dan Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Rembau.
Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata projek PPR Rembau membabitkan 452 unit rumah teres setingkat bernilai RM129 juta yang tertangguh sejak 2016 itu, dijangka disiapkan selewat-lewatnya hujung tahun depan dengan kemajuan terkini projek berkenaan sudah melebihi 91 peratus.
"Projek ini sangat mencabar, sepatutnya siap tahun lepas. Berdasarkan perbincangan tadi, projek ini mampu disiapkan dalam tempoh 10 hingga 12 bulan lagi. Cabaran yang ada di sini membabitkan agensi utiliti dan pentadbiran. Selepas projek ini selesai, projek ini akan dipinda kepada sewa untuk beli," katanya.
Beliau berkata KPKT sentiasa komited menangani masalah projek sakit dan terbengkalai di seluruh negara, selain pemantauan secara secara berterusan oleh Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta dan Terbengkalai dilakukan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 juta membabitkan projek pencahayaan dan lampu jalan solar LED kepada Majlis Daerah Rembau (MDR).
Menurutnya hingga kini, MDR telah menerima peruntukan RM3.05 juta meliputi RM2.15 juta untuk 43 projek kecil, RM400,000 bagi menaik taraf tiga projek sistem perparitan dan longkang serta RM500,000 bagi pembinaan baharu 25 unit MyKiosk.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
![RM45.11 juta laksana projek infrastruktur, kemudahan awam di N. Sembilan - KPKT RM45.11 juta laksana projek infrastruktur, kemudahan awam di N. Sembilan - KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698996343_PPR.jpg)
Akmal Nasrullah (kanan) mengadakan pertemuan dengan wakil agensi jabatan kerajaan tempatan dan kontraktor ketika lawatan kerja di tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) Rembau, Mukim Chembong, hari ini. - Foto Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Setahun Kerajaan Madani: Pulih 351 projek sakit, terbengkalai antara kejayaan KPKT Setahun Kerajaan Madani: Pulih 351 projek sakit, terbengkalai antara kejayaan KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648213152_Prma.jpg)
Setahun Kerajaan Madani: Pulih 351 projek sakit, terbengkalai antara kejayaan KPKT
Sebanyak 351 projek sakit dan terbengkalai dengan nilai GDV berjumlah RM32.87 bilion berjaya diselesaikan dan dipulihkan KPKT.
![RM45.11 juta laksana projek infrastruktur, kemudahan awam di N. Sembilan - KPKT RM45.11 juta laksana projek infrastruktur, kemudahan awam di N. Sembilan - KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698996343_PPR.jpg)
RM45.11 juta laksana projek infrastruktur, kemudahan awam di N. Sembilan - KPKT
KPKT memperuntukkan RM45.11 juta bagi pelaksanaan projek infrastruktur, sosio ekonomi dan kemudahan awam di seluruh Negeri Sembilan hingga Oktober.
![Belanjawan 2024: KPKT tekad jayakan agenda daya huni rakyat ke arah capai Ekonomi MADANI Belanjawan 2024: KPKT tekad jayakan agenda daya huni rakyat ke arah capai Ekonomi MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693451328_TBNgaKorMing.jpg)
Belanjawan 2024: KPKT tekad jayakan agenda daya huni rakyat ke arah capai Ekonomi MADANI
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yakin pendekatan reformis dalam Belanjawan 2024 akan memberi manfaat kepada semua.
![KPKT kenal pasti 481 projek sakit, 112 terbengkalai seluruh negara KPKT kenal pasti 481 projek sakit, 112 terbengkalai seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686477219_AkmalNasrullah.jpg)
KPKT kenal pasti 481 projek sakit, 112 terbengkalai seluruh negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 481 projek sakit dan 112 projek terbengkalai di seluruh negara setakat ini.
![Kerajaan cadang wujud ambulans udara menjelang akhir tahun ini Kerajaan cadang wujud ambulans udara menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677069252_TBNgaKorMing.jpg)
Kerajaan cadang wujud ambulans udara menjelang akhir tahun ini
Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.
![Belanjawan 2023 perkasa KPKT, kukuhkan agenda kesejahteraan rakyat Belanjawan 2023 perkasa KPKT, kukuhkan agenda kesejahteraan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673621820_NgKorMing.jpg)
Belanjawan 2023 perkasa KPKT, kukuhkan agenda kesejahteraan rakyat
KPKT menerima peruntukan RM5.333 bilion berbanding RM5.146 bilion pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 3.63 peratus.
![KPKT teliti setiap projek perumahan sakit, jamin hak pembeli terjaga KPKT teliti setiap projek perumahan sakit, jamin hak pembeli terjaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674897987_NgaKorMing.jpg)
KPKT teliti setiap projek perumahan sakit, jamin hak pembeli terjaga
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti setiap projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara bagi memastikan kebajikan dan hak para pembeli terjamin.
!['Import' pakar perumahan Singapura bukan bermakna Malaysia lemah- Nga Kor Ming 'Import' pakar perumahan Singapura bukan bermakna Malaysia lemah- Nga Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671025848_TBNKMBOMBA.jpg)
'Import' pakar perumahan Singapura bukan bermakna Malaysia lemah- Nga Kor Ming
Tuduhan sesetengah pihak kononnya perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat.
![KPKT pohon peruntukan RM26.35 juta untuk perkasa pengurusan bencana KPKT pohon peruntukan RM26.35 juta untuk perkasa pengurusan bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673874869_NgaKorMing.jpg)
KPKT pohon peruntukan RM26.35 juta untuk perkasa pengurusan bencana
KPKT telah menyerahkan cadangan kepada Kementerian Kewangan, untuk memperkasakan pengurusan bencana menerusi peruntukan sebanyak RM26.35 juta.
![Projek perumahan baharu tumpu aspek ancaman haiwan liar Projek perumahan baharu tumpu aspek ancaman haiwan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673852044_AkmalNasrullah.jpg)
Projek perumahan baharu tumpu aspek ancaman haiwan liar
Pelaksanaan projek pembangunan perumahan baharu akan memberi lebih tumpuan terhadap aspek ancaman haiwan liar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.