MACHANG: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 481 projek sakit dan 112 projek terbengkalai di seluruh negara setakat ini, kata Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata selain pasukan petugas, pihaknya juga turut berbincang dengan agensi terlibat dan berunding terus dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mendapatkan sokongan untuk memudahkan proses melancarkan kembali projek-projek sakit terbabit.
"Projek sakit dan terbengkalai ini melebihi tempoh disiapkan dan masa yang diambil menyelesaikannya bukan seminggu atau sebulan dua kerana ia perlu perbincangan dan kaedah penyelesaian yang lebih lama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Taman Baiduri dekat Jalan Banggol Judah, Labok, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata bagi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) terdapat 21 projek sakit, namun lapan daripada projek itu berjaya diselesaikan kementeriannya dalam tempoh lima bulan.
"Kita mahu selesaikan sekurang-kurangnya 10 projek sakit PR1MA tahun ini dan yakin boleh mencapai sasaran ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (kiri) mendengar penerangan daripada Pengarah KB Bumicom Datuk Mohd Akhbar Mat Yah berkenaan status terkini projek perumahan Taman Baiduri. - Foto BERNAMA
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
PPR ditambah baik, sedia perumahan mampu milik lebih kondusif
Kerajaan akan menambah baik Program Perumahan Rakyat (PPR) menerusi pelaksanaan Program Residensi Rakyat (PRR) bagi menyediakan perumahan mampu milik yang lebih kondusif kepada rakyat.
Kepengerusian ASEAN: KPKT jadi tuan rumah forum, mesyuarat berkaitan bandar, hartanah
KPKT diberikan tanggungjawab untuk mempengerusikan mesyuarat dan menjadi tuan rumah kepada empat persidangan sempena kepengerusian ASEAN 2025.
Belanjawan 2025: RM15.1 juta untuk tingkat pembangunan bandar pintar
Sebanyak RM15.1 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan pembangunan bandar pintar di seluruh negara.
Akta Pembaharuan Semula Bandar pastikan hak, kepentingan pemilik hartanah dilindungi
Penggubalan PSB mampu memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih terancang dan inklusif dengan prinsip leave no one behind, termasuk dalam melindungi hak pemilik hartanah yang terkesan.