SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM 295 juta bagi membina Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Ngoi-Ngoi fasa 2 dekat sini yang akan dilaksanakan bermula Mac 2022, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata, LRA yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun itu akan dapat menampung pertambahan permintaan bekalan air secara berterusan bagi penduduk di beberapa kawasan termasuk Seremban, Nilai dan Sendayan.
"Loji berkenaan dijangka mampu menghasilkan 150 juta liter sehari (JLH) untuk kegunaan penduduk, ia antara usaha kita untuk memastikan bekalan air di negeri ini sentiasa mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kolektif antara Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Kesatuan Pekerja-pekerja Sains di sini hari ini.
Aminuddin yang juga Pengerusi Sains berkata kerajaan negeri juga akan membina Kolam Imbangan Batu 5, Sungai Terip pada tahun ini membabitkan kos RM12.8 juta yang dapat memanfaatkan 173,000 akaun pengguna di Seremban, Seremban 2 dan Senawang.
Beliau berkata, sebanyak RM14.2 juta pula diperuntukkan bagi menaik taraf projek LRA Gemas Baru yang akan menyalurkan kapasiti tambahan bekalan air menjadi 33 JLH berbanding 27 JLH melibatkan 6,900 akaun pengguna.
Dalam pada itu, beliau berkata Sains mencatatkan kerugian sebanyak RM12.5 juta akibat kerosakan membabitkan LRA di Seremban, Tampin, Jelebu dan Port Dickson susulan bencana banjir yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.
Bagaimanapun beliau berkata, beberapa LRA sudah melalui proses pembaikan dari segi pembersihan, elektrikal serta penukaran pam selain sudah beroperasi sepenuhnya termasuk di LRA Kuala Klawang dan Titi.
"Namun, ada beberapa loji masih dalam proses baik pulih seperti di intake Petaseh, di Jelebu yang dijangka siap pada 15 Mac ini," katanya menambah Negeri Sembilan mempunyai sebanyak 23 LRA.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Aminuddin berkata, LRA yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun itu akan dapat menampung pertambahan permintaan bekalan air secara berterusan bagi penduduk di beberapa kawasan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan
Cuaca panas dan kemarau telah melanda Papar hampir dua bulan ditambah pula dengan fenomena El-Nino.
RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana
Kajian mengenai pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dijalankan bagi menguruskan efluen daripada industri untuk menangani pencemaran air.
Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai
Paras air di lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini berisiko merosot ke tahap kritikal sekiranya fenomena El-Nino berterusan hingga Julai depan.
Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot
Kemerosotan paras air itu menyebabkan bekalan air terawat di beberapa kawasan di negeri itu terjejas.
RM1.215 bilion diperuntukkan tangani masalah bekalan air Pahang - PM
Peruntukan itu turut melibatkan pembinaan dua loji rawatan air baharu.
UMS bangunkan loji mini rawatan air menerusi kaedah AI, IOT di Pitas
Para penduduk di Pitas kini boleh menikmati air bersih terawat sekitar 60,000 liter setiap hari menerusi pembangunan tiga mini loji rawatan air di daerah itu.
RM295 juta diperuntuk bina LRA Sungai Ngoi-Ngoi fasa 2 di N. Sembilan - MB
LRA itu akan dapat menampung pertambahan permintaan bekalan air secara berterusan bagi penduduk di beberapa kawasan.
Gangguan bekalan air di beberapa daerah di N. Sembilan susulan banjir
Susulan penutupan dan penurunan pengeluaran bekalan air di beberapa LRA SAINS kerana muka sauk ditenggelami banjir selain sumber air mentah kekeruhan yang tinggi.
Op Sumber Air berjaya, henti tugas loji rawatan air hanya dua kali tahun ini
Jumlah penguatkuasaan bagi menangani masalah sungai tercemar telah ditingkatkan hampir dua kali ganda iaitu sejumlah 2,009 pada tahun lepas.