PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperuntukkan RM20 juta kepada 200 usahawan dalam merealisasikan pengaplikasian amalan moden dan pintar dalam sektor pertanian.
Ekoran itu, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Agrobank pada Rabu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai kerjasama untuk mempromosikan program pembangunan usahawan bagi tujuan merancakkan amalan teknologi industri 4.0 di sektor pertanian.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, menerusi kolaborasi itu, Agrobank akan menyediakan kewangan sebanyak RM20 juta kepada usahawan-usahawan sektor pertanian yang dikenal pasti MTDC.
"Ini adalah satu lagi pendekatan kerajaan untuk melahirkan lebih banyak usahawan dalam bidang pertanian berlatarbelakangkan penggunaan teknologi dalam mengaplikasikan industri 4.0 dalam pertanian.
"Setiap usahawan akan menerima pembiayaan maksimum sehingga RM100,000," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU di sini, pada Rabu.
MTDC diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus sementara Agrobank diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khadijah Iskandar.
Sementara itu, Norhalim berkata, MTDC menyediakan pelbagai latihan termasuk perkongsian ilmu pemasaran dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda.
"Sebenarnya program ini merangkumi dari pembangunan sistem, latihan sehingga penjualan.
"Menerusi program ini juga, kita akan membantu usahawan untuk menerima bantuan daripada Agrobank.
"Kadang-kala isunya kita boleh hasilkan, tapi tidak boleh menjual, jadi kita akan bekerjasama untuk menjual sekali," katanya.
Beliau memberitahu, ia juga merupakan satu program untuk mewujudkan usahawan baharu yang menggunakan teknologi.
Umavathi Ramayah
Wed Apr 07 2021

Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, kolaborasi antara MTDC dan Agrobank akan menyediakan kewangan sebanyak RM20 juta kepada usahawan-usahawan sektor pertanian yang dikenal pasti. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.

MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.

R2G 2024 Central: Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran R2G 2024 Central satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat.

Syarikat pelaburan MTDC, 3REN Berhad disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Pencapaian besar yang menunjukkan potensi syarikat teknologi Malaysia untuk berkembang dan bersaing di pentas global.

MTDC umum penyenaraian 3REN Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini mengumumkan syarikat pelaburannya, 3REN Berhad, bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bermula 6 November ini.

MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara
Melalui pelbagai program, MTDC memudahkan akses dan adaptasi teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pentas global.

MTDC pacu inovasi tempatan dengan bengkel TVET dan Teknousahawan
Dalam usaha menghasilkan lebih ramai teknousahawan tempatan, MTDC menganjurkan bengkel Teknousahawan dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ke-6 untuk golongan pendidik TVET.

MTDC, MDEC ganding bahu sedia penyelesaian digital agar syarikat tempatan terus berdaya saing
MTDC dan MDEC menandatangani MoU untuk mengembangkan syarikat teknologi digital Malaysia, meningkatkan ekonomi digital dan memperkukuh sektor halal.

MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS
Pertukaran MoU itu menandakan satu langkah penting ke hadapan kerana perkongsian strategik itu bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak.

Syarikat pemula Sarawak diseru sertai program anjuran MTDC
Kerjasama rapat yang terjalin di antara MTDC dengan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) ketika ini telah membantu menjayakan agenda tersebut.