KUCHING:Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.37 bilion bagi projek bekalan elektrik luar bandar pada 2019 dan 2020 dengan sasaran untuk mencapai pembekalan elektrik sepenuhnya di kawasan luar bandar negeri ini menjelang 2025, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata pada 2009, liputan elektrik luar bandar hanya pada 56 peratus dan angka terbaru tahun ini menunjukkan bahawa 93 peratus isi rumah di luar bandar telah menerima bekalan elektrik.
"Kami akan meningkatkan usaha untuk memastikan setiap isi rumah dibekalkan dengan tenaga elektrik dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya ketika merasmikan Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) di Long Pilah, Telang Usan, sebuah kawasan perkampungan luar bandar kira-kira 760 kilometer utara ibu negeri.
Hadir sama Menteri Utiliti negeri Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala serta Pengerusi Sarawak Energy Bhd (SEB) Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Abang Johari berkata menjelang akhir 2021, daerah Telang Usan akan menerima bekalan elektrik sepenuhnya apabila sistem solar bagi tenaga boleh diperbaharui dipasang di 21 kampung di kawasan berkenaan.
Mengenai SARES, Abang Johari berkata program itu telah membawa perubahan kepada kehidupan lebih 8,000 isi rumah di lebih 270 kampung di kebanyakan kawasan terpencil di Sarawak sejak diperkenalkan pada 2016.
Beliau berkata di bawah inisiatif kerajaan-komuniti yang inovatif ini, Kerajaan Sarawak melalui pelaksana projeknya Sarawak Energy telah membekalkan elektrik daripada tenaga boleh diperbaharui, kurang karbon dan boleh diharapkan selama 24 jam kepada kira-kira 60,000 penduduk luar bandar yang tinggal di pedalaman Sarawak, menggantikan penjana diesel yang bising dan mahal.
Sejak diperkenalkan pada 2016, lebih 20,000 penduduk daripada kira-kira 2,500 isi rumah di 51 kampung pedalaman di Telang Usan mendapat bekalan elektrik di bawah SARES.
Projek SARES ini membekalkan tenaga elektrik ke rumah-rumah lebih 6,000 penduduk daripada 725 isi rumah di 13 kampung iaitu Long Pilah, Long Luteng, Long Daloh Bestari, Long Miri, Long Tebangan, Long Liam Keliman, Long Sobeng, Long Selapun, Long Sebatang, Long Sengung, Long Pala, Long Buah, dan Long Buken.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 31 2020

Abang Johari berkata menjelang akhir 2021, daerah Telang Usan akan menerima bekalan elektrik sepenuhnya apabila sistem solar bagi tenaga boleh diperbaharui dipasang di 21 kampung di kawasan berkenaan. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).