Beliau berkata jumlah itu adalah untuk perbelanjaan pelbagai perkara antaranya sekolah, pendidikan untuk anak-anak, menjaga sempadan bagi keselamatan rakyat dan pembangunan negeri.
Justeru, katanya dakwaan kononnya beliau menipu tentang peruntukan itu tidak benar sama sekali dan menasihatkan kepada semua pihak terutama pemimpin yang dianggapnya sebagai kawan, supaya mendapatkan maklumat yang sahih atau terus bertanya kepadanya sebelum mengeluarkan kenyataan.
"Tidak hanya RM6.6 bilion sahaja (peruntukan untuk Sabah seperti didakwa), kerana RM6.6 bilion itu hanya peruntukan pembangunan...siapa nak bayar guru, siapa nak baiki jalan dan jaga sempadan... itu semua termasuk dalam RM16 bilion. Ada yang kata letak (nombor) satu di depan jadilah RM16 bilion, jangan begitu.
"Kalau mahu jadi kawan, perangai macam kawan. Mesti ada adab sebagai kawan. Tidak perlu cakap terima kasih kepada kita, hanya hargailah sikit. Kalau tidak cukup kita runding, minta lagi secara baik sebagai kawan itu tiada masalah," katanya berucap pada Konvensyen Keadilan Sabah di sini hari ini.