PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan RM150,000 kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) dan Persatuan Kebajikan Al-Rayyan Malaysia (Perkam), untuk pembelian mesin pembelajaran dan pengajian Al-Quran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata sumbangan tersebut, sekali gus memenuhi keperluan Pertis dan Perkam untuk memiliki kira-kira 33 unit mesin terbabit, bagi kegunaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
"Alhamdulillah dengan sumbangan ini, dapat buat pembelian (mesin) yang diperlukan oleh persatuan, iaitu 33 unit. Satu unit berharga kira-kira RM3,000. Jadi dengan jumlah RM150,000, lebih kurang 50 mesin dapat dibeli dan disumbangkan kepada golongan OKU," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pertis sebelum ini dilaporkan memerlukan mesin berkenaan, bagi tujuan mempelajari pelbagai ilmu termasuk pengajian Al-Quran.
Mohd Na'im berkata MAIWP optimis untuk terus memenuhi keperluan yang diperlukan golongan OKU penglihatan, bagi membolehkan golongan itu menikmati faedah sama rata, khususnya dalam proses menimba pelbagai ilmu termasuk mempelajari Al-Quran.
"MAIWP memang beri keutamaan kepada OKU. Bagi kami, menuntut ilmu ini tiada beza antara manusia sempurna dan OKU. MAIWP mahu pastikan golongan OKU dapat hak pendidikan sama rata dengan mereka yang sempurna. Itu hasrat dan perjuangan kita," katanya.
Mohd Na'im berkata bagi menunaikan amanah pembayar zakat, MAIWP mempunyai 30 skim bantuan agihan zakat, yang merangkumi aspek keperluan asasi, pendidikan, ekonomi dan kebajikan.
Antara skim terbabit ialah Skim Bantuan Kecemasan, Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, Skim Bantuan Latihan Kemahiran Industri, Skim Pemantapan Agama Islam dan Skim Bantuan Khairat Asnaf.
Beliau berkata sumbangan serta bantuan yang disediakan MAIWP kepada golongan OKU, selaras dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang berlandaskan kepada lima teras, iaitu Pentadbiran Islam Mampan; Kesejahteraan Insan; Kemuliaan Syariah; Kepimpinan Berdaya Cipta dan Kehormatan Institusi Islam.
"Pelan berkenaan antara lain telah memberikan fokus kepada pelbagai usaha dalam memperkasakan kefahaman serta penghayatan agama dalam kalangan umat Islam termasuk golongan OKU, komuniti gelandangan dan asnaf," katanya.
Pelan Transformasi Al-Falah atau Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani 2023-2027 yang dilancarkan pada 31 Jan 2023 itu, direncana berasaskan falsafah dan semangat hayya 'alal falah (mari bersama menuju kejayaan) yang dilaungkan setiap kali azan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
![RM150,00 untuk Pertis, Perkam beli mesin pembelajaran, pengajian al-Quran RM150,00 untuk Pertis, Perkam beli mesin pembelajaran, pengajian al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693562546_TBnaim.jpg)
Mohd Na'im berkata MAIWP optimis untuk terus memenuhi keperluan yang diperlukan golongan OKU penglihatan khususnya dalam proses menimba pelbagai ilmu termasuk mempelajari Al-Quran. - Gambar fail/Bernama
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734074550_NaimMokhtar.jpg)
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
![MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734015318_NaimMokhtar.jpg)
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
![Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728532380_TBNAIM.jpg)
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
![Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733036100_NaimMokhtar.jpg)
Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
![RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730552540_tbSyedKamarulzaman.jpg)
RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP
Sebanyak RM1 bilion zakat berjaya dikutip di seluruh Wilayah Persekutuan pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2022.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
![‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan ‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730088026_SantuniMadan.jpg)
‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.
![MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725706075_DATUKDRMOHDNAIM.jpg)
MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.
![MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726461564_DatukDrMohdNaim.jpg)
MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.