KUALA LUMPUR: Penerbit filem Hollywood Riza Shahriz Abdul Aziz dan dua syarikat miliknya mendakwa memperoleh pinjaman daripada keluarga diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company (IPIC ) untuk menerbitkan beberapa filem di Amerika Syarikat, bukan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
IPIC merupakan syarikat yang ditubuhkan di Abu Dhabi yang pada ketika itu Pengarah Urusannya adalah Khadem Abdullah Al-Qubaisi, yang merupakan bekas pembantu Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan iaitu Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu dan juga ahli keluarga diraja.
Berdasarkan pernyataan pembelaan, Riza Shahriz mendakwa sukar bagi penerbit filem yang tidak dikenali untuk memperoleh pinjaman daripada bank, oleh sebab itu beliau memutuskan untuk mendapatkan pinjaman daripada individu atau syarikat.
Riza Shahriz mendakwa beliau telah diperkenalkan kepada Prince Saud Abdulaziz bin Majed bin Abdulaziz Al Saud (Prince Saud) dan Prince Faisal bin Turki bin Abdullah bin Abdulaziz Al Saud (Prince Faisal) dari keluarga diraja Arab Saudi yang menunjukkan minat untuk memberi pinjaman wang kepadanya bagi penerbitan filem oleh Red Granite Pictures Incorporated.
"Saya telah dimaklumkan bahawa wakil keluarga diraja Arab Saudi bersetuju untuk memberi pinjaman itu.
"Pinjaman tersebut akan dibayar oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Alsen Chance Holdings Limited iaitu sebuah syarikat yang dimiliki secara benefisial oleh keluarga diraja Arab Saudi. Sehubungan itu, saya menandatangani Perjanjian Pinjaman dengan Alsen Chance," menurutnya.
Riza Shahriz mendakwa selepas menandatangani perjanjian itu, beliau menerima wang berjumlah US$1,173,104 dan US$9,000,000 dan wang tersebut digunakan untuk membiayai dua syarikat itu termasuk penubuhan serta pengurusan syarikat produksi, pembelian hak skrip, buku dan penerbitan filem-filem.
Dakwa anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, beliau telah menunaikan kewajipannya di bawah Perjanjian Pinjaman Alsen Chance pada 31 Okt 2021 untuk melunaskan hutang kepada Alsen Chance sepenuhnya bersama dengan faedah.
"Pada masa itu Alsen Chance tidak mempunyai hubungan atau kaitan dengan plaintif-plaintif (1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited) dan tiada sebab untuk plaintif-plaintif mensyaki sumber dana tersebut," dakwa Riza Shahriz.
Mengenai pemindahan sebanyak US$238 juta kepada Red Granite Capital, Riza Shahriz mendakwa wang itu telah digunakan untuk membiayai perniagaan kedua-dua syarikat tersebut termasuk kos operasi syarikat produksi, pembelian hak skrip, buku dan penerbitan filem-filem.
Sementara itu, peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili kesemua defendan ketika dihubungi pemberita berkata pada pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syeela Marlina Uttaman secara dalam talian hari ini, mahkamah menetapkan 6 Dis untuk pengurusan kes selanjutnya.
Beliau memaklumkan bahawa kesemua defendan telah memfailkan pernyataan pembelaan.
1MDB dan tiga subsidiarinya 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei menamakan Riza Shahriz dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama hingga ketiga dan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.
Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza Shahriz serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira US$250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.
Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza Shahriz, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.
Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021

Riza Shahriz mendakwa sukar bagi penerbit filem yang tidak dikenali untuk memperoleh pinjaman daripada bank, oleh sebab itu beliau memutuskan untuk mendapatkan pinjaman daripada individu atau syarikat. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jho Low anggap Riza Aziz sebagai kawan baik - Jasmine Loo
Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menganggap a

Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.

Bicara kes saman 1MDB terhadap Riza Shahriz bermula 16 Okt 2024
Kes saman itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

Permohonan 1MDB dapatkan dokumen dalam saman terhadap Riza Shahriz diketahui 4 Ogos
Dokumen itu membantu plaintif membuktikan tuntutan mereka selain membolehkan plaintif memperoleh maklumat lanjut bagi menyokong tuntutan.

Riza Shahriz dakwa pinjaman terbit filem dari keluarga diraja Arab Saudi bukan dana 1MDB
Riza Shahriz mendakwa sukar bagi penerbit filem yang tidak dikenali untuk memperoleh pinjaman daripada bank.

Saman 1MDB: Anak tiri Najib diarah failkan pembelaan sebelum 25 Okt
Mahkamah Tinggi mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman US$248 juta terhadapnya.

Persetujuan lepas tanpa bebas Riza Aziz tiada pembabitan PM
Persetujuan melepas tanpa membebaskan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz daripada tuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB melalui representasi.

Tommy Thomas setuju secara prinsip terima representasi Riza - Peguam Negara
Perkara ini telah dibentangkan kepada saya setelah saya dimaklumkan tentang pendirian terdahulu Tan Sri Thomas - Peguam Negara

Dr Mahathir jangan hipokrit kes Riza Aziz - Takiyuddin
Keputusan itu dibuat oleh Peguam Negara dan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes tersebut pada akhir 2019.

Pembebasan Riza Aziz, Dr. Mahathir bimbang
Riza sebelum ini didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.