KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Ogos untuk keputusan permohonan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya bagi mendapatkan dokumen dalam saman US$248 juta terhadap penerbit filem Hollywood, Riza Shahriz Abdul Aziz dan dua syarikat miliknya yang didakwa menyalahgunakan dana syarikat pelaburan strategik itu.
Peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili Riza Shahriz dan syarikat Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited selaku defendan berkata, Hakim Datuk Amarjeet Singh menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan daripada pihak-pihak dalam saman itu.
"Keputusan akan disampaikan menerusi e-mel," katanya ketika ditemui pemberita selepas pendengaran permohonan itu dalam kamar Hakim Amarjeet.
Sementara itu, peguam Rabindra S Nathan yang mewakili 1MDB dan tiga subsidiarinya mengesahkan perkara itu.
1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 28 Jan lepas, memohon dokumen antaranya surat berkaitan hubungan antara ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan Riza Shahriz, surat berkenaan penerimaan serta penggunaan dana US$10,173,104 oleh Red Granite Pictures dan US$238 juta oleh Red Granite Capital.
Berdasarkan afidavit sokongan dalam permohonan itu, Pengarah 1MDB, Mohd Hisyamuddin Awang Abu Bakar berkata, dokumen berkenaan membantu plaintif dalam membuktikan tuntutan mereka selain membolehkan plaintif memperoleh maklumat lanjut bagi menyokong tuntutan dalam saman tersebut.
Menerusi afidavit balasan, Riza Shahriz berkata, beliau dinasihatkan oleh peguam dan sesungguhnya percaya bahawa dokumen yang diminta oleh plaintif adalah semata-mata untuk memancing bagi mendapatkan maklumat lanjut dan dengan membenarkan permohonan itu, ia adalah satu penindasan teruk terhadapnya.
1MDB dan tiga subsidiarinya yang memfailkan saman pada 7 Mei tahun lepas, mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza Shahriz serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira US$248 juta daripada mereka yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana itu untuk kepentingan peribadi dan kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.
Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza Shahriz yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.
Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan.
Riza Shahriz dan dua syarikatnya dalam pernyataan pembelaan mendakwa memperoleh pinjaman berkenaan daripada keluarga Diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company untuk menerbitkan beberapa filem di Amerika Syarikat, bukan daripada dana 1MDB.
Beliau mendakwa, sukar bagi penerbit filem yang tidak dikenali untuk memperoleh pinjaman daripada bank, oleh sebab itu beliau memutuskan untuk mendapatkan pinjaman daripada individu atau syarikat. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 4 Ogos untuk keputusan permohonan 1MDB dan tiga subsidiarinya bagi mendapatkan dokumen dalam saman terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz dan dua syarikat miliknya. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.