Seorang dilaporkan terbunuh manakala 1,655 buah keluarga terkandas apabila ribut tropika Podul yang membawa hujan lebat dan angin kencing membadai 16 wilayah di Thailand sejak malam tadi.
Menurut jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwat, dalam kenyataan hari ini, kejadian tersebut mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh terutama di bahagian timur laut negara itu.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh adalah dari wilayah Ubon Ratchathani di timur laut negara itu.
Beliau berkata Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan semua agensi berkaitan segera membantu mangsa yang terjejas serta menugaskan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul supaya melawat kawasan yang terjejas teruk di wilayah Roi-Ed.
Kawasan yang terjejas ialah Khon Kaen, Yasothorn, Roi-Ed, Kalasin, Nakhonpanom, Nongbua Lampoo, Maha Sarakarm, Amnat Charoen, Ubon Ratchathani (timur laut), Prachin Buri (bahagian tengah), Prae , Chiang Mai and Nan (utara), Ranong dan Krabi di selatan negara itu.
Wilayah timur laut yang terjejas terutama daerah Ban Pai di wilayah Khon Kaen hari ini dengan air dilaporkan naik setinggi tiga meter menyebabkan banyak tempat kediaman ditenggelami air susulan hujan lebat sejak semalam.
Pasukan penyelamat bergegas untuk membangtu mangsa yang terkandas namun ramai penduduk dilaporkan enggan meninggalkan rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019
Seorang dilaporkan terbunuh manakala 1,655 buah keluarga terkandas apabila ribut tropika Podul yang membawa hujan lebat dan angin kencing membadai 16 wilayah di Thailand sejak malam tadi. -Twitter@BagalueSunab
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Ribut tropika Podul badai 16 wilayah Thailand, satu terbunuh
Kejadian tersebut mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh terutama di bahagian timur laut negara itu.