KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri berkenaan ialah Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak; Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang); dan Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).

Kenyataan itu memaklumkan situasi sama dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor dan Gombak); Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); dan Sarawak melibatkan Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Selain itu, di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

-- BERNAMA